CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 1 August 2011

Sampaikan Pesanan Walau Satu Ayat

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar."

(Surah Al-Ahzab:71)





Janganlah memilih kelalaian sehingga hari tuamu.
Baki kehidupanmu sedikit pun tidak dipercayai.
Suatu hari kamu akan merasai kematian.
Akhirnya mati.
Lakukanlah apa yang ingin kamu lakukan.
Akhirnya mati.



Renungan untuk diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian.

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
========================================================

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di
akhir
waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk
waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan
tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang
melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan
waktu
sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang
lain.
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka
mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga
sampai
kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak
bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat
kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang
mengumpulkan dua
sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki
pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam.

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
---------------------------------------------------

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia
dan di
alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di
dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga
berselisih
tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan
membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu
berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan
sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian
dipukul dan
dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan
sembahyang
Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,
begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu
Isyak
dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan
seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU
-----------------------------------------

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya
adalah
ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan
perjalanan.
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak
menunaikan
sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak
di dalam
badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan
mereka.
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah
seterusnya.

PEMINUM ARAK
-------------------------

Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk
dan di
tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka.
Terdengarlah
suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua
manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau
mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang
berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut
berbau
busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan
terus
ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat
panas ke
dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu
jatuh
pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar
dari api selama seribu tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan
dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala
yang
bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan
mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.

MENGKIANATI HARTA
-----------------------------------

Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan
dijadikan benda
yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka
dipaksa terjun
ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul,
malaikat akan menekan kepala mereka supaya men-yelam semula serta
dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai.
Begitulah
diulang-ulang selama mereka di laut itu.

AZAB BAGI YANG KEDEKUT
-------------------------------------------

Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada
disedekahkan
atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar
yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.

SAKSI BOHONG
------------------------

Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan
digantung
pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul
dengan
kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga
hancur
luluh daging dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan
dipukul lagi.
Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.

MENGUMPAT
---------------------

Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan
digunting hingga
putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat
sangat.
Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting
lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Di dalam setiap tingkat
neraka
ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai
70 ribu
cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di
dalam buah
yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya
seperti
anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan
buah-buah kayu tersebut.

Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun
perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu
lubang.
Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana
setiap ekor
kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.

----------------------------------------------------
Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang
ingkar.
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit,
pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu
mengambil
iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu
kita
manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.

Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus
alpa dengan
dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah
balasannya
adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan,
sebelum tiba
masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk
dosa-dosa yang
kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan
banyak
mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang
Allah swt, dan diampunkan dosa kita.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana
dosa
yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh
insyaallah
akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun
kalau dosa
itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang,
mengumpat,
menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang
berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt.

Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu
akan
mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi
kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment