CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 24 September 2011

SENYUM KAMBING

Murid : Selamat pagi, cikgu.

> Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak

doakan saya tak selamat?

> Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

> Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat

sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa
dan keadaan.

> Murid : Selamat sejahtera cikgu!

> Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji

kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu,
faham?

> Murid : Faham, cikgu!

> Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

> Murid : (senyap)

> Cikgu : Pandai!

> Murid : Bodoh!

> Cikgu : Tinggi!

> Murid : Rendah!

> Cikgu : Jauh!

> Murid : Dekat!

> Cikgu : Keadilan!

> Murid : UMNO!

> Cikgu : Salah!

> Murid : Betul!

> Cikgu : Bodoh!

> Murid : Pandai!

> Cikgu : Bukan!

> Murid : Ya!

> Cikgu : Oh Tuhan!

> Murid : Oh Hamba!

> Cikgu : Dengar ini!

> Murid : Dengar itu!

> Cikgu : Diam!

> Murid : Bising!

> Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

> Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

> Cikgu : Mati aku!

> Murid : Hidup kami!

> Cikgu : Rotan baru tau!

> Murid : Akar lama tak tau!

> Cikgu : Malas aku ajar kamu!

> Murid : Rajin kami belajar cikgu!

> Cikgu : Kamu gila!

> Murid : Kami siuman!

> Cikgu : Cukup! Cukup!

> Murid : Kurang! Kurang!

> Cikgu : Sudah! Sudah!

> Murid : Belum! Belum!

> Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

> Murid : Sebab saya seorang pandai!

> Cikgu : Oh! Melawan!

> Murid : Oh! Mengalah!

> Cikgu : Kurang ajar!

> Murid : Cukup ajar!

> Cikgu : Habis aku!

> Murid : Kekal kami!

> Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

> Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

> Cikgu : Sudah, bodoh!

> Murid : Belum, pandai!

> Cikgu : Berdiri!

> Murid : Duduk!

> Cikgu : Saya kata UMNO salah!

> Murid : Kami dengar KeADILan betul!

> Cikgu : Bangang kamu ni!

> Murid : Cerdik kami tu!

> Cikgu : Rosak!

> Murid : Baik!

> Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

> Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

> Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Wednesday 21 September 2011

APA KHABAR IMAN HAMBA HARI INI


duhai hati
mengapa perlu engkau bersedih?
mengapa perlu engkau tangisi sesuatu yang sudah bukan lagi milikmu?
mengapa engkau selalu memikirkan tentang sesuatu yang bukan merupakan hal ehwal urusan mu lagi?
megapa engkau selalu menyalahi takdir mu?
mengapa engkau terlalu sukar menerima hakikat realiti?
mengapa engkau sukar mengerti dan memahami apa yang terjadi?
berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hati mu kerana dia telah membuat hatimu kuat!!
berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGI mu kerana dia telah membuat hidupmu makin bijaksana!!
berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCI mu kerana dia yang mengasah kesabaranmu!!
berterima kasih la kepada orang yang telah MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu...
sesungguhnya Allah s.w.t maha adil..