CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 22 April 2013

Lagu


over a chocolate muffn
waiting for a cup of savory milk
oppa and i sit facing each other
and scribble on each other's hand

don't look at other girls
no matter what they say
you're mine you're mine
don't even talk to other girls
i'm yours i'm yours

please pinky promise me
that you'll never
leave me alone

1+1=kiyomi
2+2=kiyomi
3+3=kiyomi

ki-ki-kiyomi

4+4=kiyomi too
5+5=kiyomi too
6+6= chu chu chu chu chu chu kiyomi

i'm syafinaz ( tetiba )


don't look at other girls
no matter what they say
you're mine you're mine
don't even talk to other girls
i'm yours i'm yours

please pinky promise me
that you'll never
leave me alone

one two three
close your eyes and come to me
when you touch my cheek
with your two hands
i stop your lips from kissing and....

chorus

korean lyric


choko meopin han jogak sikyeonoko
gosohan uyuhanjaneul gidaryeoyo
oppahago nahago kkok maju anjaseo
seoro sonbadak wie yeppeun nakseoreul hajyo
hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro
ildeohagi ileun gwiyomi
ideohagi ineun gwiyomi
samdeohagi sameun gwiyomi
gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
sadeohagi sado gwiyomi
odeohagi odo gwiyomi
yukdeohagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi
hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro
hana dul set nun gamgo naege dagawa
du soneuro nae boreul manjimyeo ppoppoharyeoneun
geu ipsul makgoseo
ildeohagi ileun gwiyomi
ideohagi ineun gwiyomi
samdeohagi sameun gwiyomi
gwigwi gwiyomi gwigwi gwiyomi
sadeohagi sado gwiyomi
odeohagi odo gwiyomi
yukdeohagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi
hannun paljima nuga mworaedo naekkeo (naekkeo)
dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo (nan nikkeo)
saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro
jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro









Saturday, 13 April 2013

Allah Jagakan Hatiku

Hati Orang ni, kita takboleh jangka.

Macam hati kita jugak. Kadang kita tahu apa kita nak, kadang kadang taktahu.

sampai kadang kadang memang rasa, Allah je yang tahu apa dalam hati kita, mahupun orang lain.

Hubungan Allah dan hubungan kita dengan manusia memang akan berkait.

Bila hubungan dengan Allah betul betul elok dan benar, inshaAllah hubungan dengan manusia takde masalah.

kat sini, bukan lah kata takkan ada org tak suka kita. Takkan ada orang yg boleh sangka buruk or buat jahat kat kita.

tapi, ia nya hubungan/layanan kita terhadap orang : cara cakap, cara layan, mudah maafkan/minta maaf, mudah berterima kasih. segala yang ma'ruf tu la. Mungkin kita ada TER buat salah tanpa sengaja. ada hati TERsakit atas kata/kata atau perbuatan kita.

andai tahu, ringankan je mulut utk mintak maaf. Allah tahu hati siapa benar benar ikhlas dan bila Allah dan kita ada hubungan yang baik, Allah akan permudahkan.

mungkin orang yg buat salah dengan kita akan terbuka hati. atau org yang kita terbuat salah tu, kita turunkan ego utk meminta maaf.

Bagi setengah orang, mungkin niatnya baik tapi cara salah. bila cara salah. Bukan hati takmahu terima, tapi hati kita tersilap menilai hati org. senang senang berkata kasar, senang senang berkurang ajar, senang senang bg layanan " eh i know better, kau tahu apa, kau buat salah, aku yg betul. jd walau cara aku salah, tp niat aku betul, jadi kau kena terima je.There's now way la nak mintak maaf"

Tak, tak jalan macam tu.

Dosa dengan Allah, andai bertaubat, Allah ampunkan InshaaAllah. Dosa sesama manusia? Kalau betul dia terasa kat hati. Boleh kena virus hati kita juga. Mungkin dia ada buat salah tapi masa sama,Kita dah buat salah, tapi tanak mengaku/ tanak mintak maaf. Biar kita jadi orang yg minta maaf dan maafkan.

Allah kan tahu semuanya. Allah kan tahu hati kita. Jadi takkan pernah rugi utk berhati hati . kita hidup bermasyarakat. kalau susah nak tolerate dan respect. Susahlah jugak dapat kat kita. Kalau Allah nak bagi cash, senang je nak bg orang buat balik kat kita.

Tapi itu pun kira ok. kalau kena kat akhirat? NAUZUBILLAH.

Mintak pada Tuhan. Jaga lah hati aku, hati dia, hati semua. InshaaAllah DIA pemudahkan segala urusan atau niat kita pada seseorang.

Orang boleh kata. boleh caci. boleh suka suka je sebar fitnah melulu macam habis tahu segalanya. macam memang sedara dah. tahu setiap perkara yang berlaku dan apa yang difikarkan.
Tapi tulah, hati orang. Mak pesan, Allah yang pegang. Allah yang jaga.

Jadi perlindungan tu mintak kat siapa? Yes DIA. Ada satu masa , bila orang yg kita berbuat baik tu tak buat benda yang sama, kita rasa mcm " Eh serious malas nak jadi baik dah dekat dia, sumpah malas. sakit hati."

Tapi bila fikir balik, kalau dia beri tahi pada kita , dan kita beri balik. kita lagi takde akal. walhal, segala yang baik tu Allah tahu. Bukan dia, Allah akan bagi balik. Kalau tak dunia , kat akhirat. mungkin dua dua. mungkin bukan orang tu tapi Tuhan bg org lain yg kita tak pernah sangka yang akan buat baik sangat pada kita. Rezeki. Kita bukan tahu dr ceruk mana nak datang. Kan?

Berterima kasih. kadang kadang bukan tentang berkira. tapi setiap manusia, suka bila dihargai. rasa jadi manusia berguna atas muka bumi. magik. besar mana pun seseorang tu buat , bila dapat ayat ringkas je . "terima kasih." , cukup. cukup rasa dihargai dan lagi rasa tergerak hati tu utk buat sesuatu. ikhlas tu makin rasa kuat. lagi rasa senang hati.

Macam setiap inci setiap perkara walau kecil mana pun Allah bagi, bila kita tgk setiap bucu hidup kita, bila bersyukur. Allah bagi lebih. Kan?

syukur,bukan hanya kata kata tapi minta tuhan. dalam doa. " jaga hati aku. jaga akhlak aku. andai diberi kelebihan walau pun satu, izinkan hati aku bergantung hanya pada yang SATU. jadi khalifah yang berguna." solat, tiang. mungkin kat dunia, ada org ada segalanya. diorang kata chill. tapi bila tetibe rasa tak tenang terus kata hidup ni tak adil.palat. semua benda tah apa apa. terus salahkan takdir. terus rasa nak mati. padahal. waktu Tuhan bagi segala yang kau minta, ada sujud dan hargai pemberian DIA? *hah setepek kena kita kita ni kadang kadang leka*

aku dengar mak & kawan kawan dia borak. aku ada kat situ. pendengar. pemerhati. mcm mana orang orang yang hebat. yang byk berbakti pada masyarakat. popular. kaya raya. semua ada. tapi, hati tak tenang.

Hm . ha'ah.Jauh. Tiada Tuhan dalam hati. Tahu, Tuhan tu ada. tapi tak pasti. pada siapa dan apa.jadi hubungan hati dengan hati dengan YANG MAHA ESA tu, tiada permulaan. maka tiada pengakhiran. hati meronta je, " aku dah buat segala perkara baik, tapi masih hati tak tenang. rasa semua serba tak kena."

"Allah je tahu siapa yang benar benar MENCARI hidayah." manusia lain nampak orang tu sedang cari hidayah. Tapi well, Allah je yang tahu.

lagi sekali.

kira pemberian. bukan ujian. orang ada macam macam. orang bukan sempurna. orang kadang kadang lupa. dan orang tu kita pun sendiri. Takboleh nak expect semua yang kita sangka orang akan buat. macam kita pun, bukan kita buat selaga yang org expect kan. jadi, bagi yang terbaik. seboleh bolehnya jangan cari pasal dengan orang kalau " pasal" tu kita tak suka org buat kat kita.

nak menangis ke apa. menangis je. sebab kadang kadang menangis bukan sebab lembik, tak kuat. tapi sebab kuat tu la. kita menangis dan adu pada tuhan instead of meroyan and sebar pada semua orang. masalah kita pun sebenarnya, bukan semua orang faham. tup tup disalah ertikan pulak. Biar org nak assume apa dari terbuka aib diri sendiri & orang lain. At the end, truth will reveal. Allah janji,

ingat ni je. apape yang Allah bagi. baik buruk. kalau kena cara kita tangani. Allah upgrade Iman kita. susah. tahu. but well, tak susah tak bernilai. ye dok?

" How wonderful is the case of the believer ( orang2 yang beriman). There is good for them in everything and this applies only to a believer. If prosperities ( good thing) attends him, he expresses gratitude (grateful) to Allah and that is good for him. And if adversityn(bad thing) befalss him, he endures (face,handle) it patiently and that is better for him." - Riwayat Muslim.

sebak. aku memang orang biasa. yang ada masa lampau. ada salah silap tersilap. yang aku rasa mcm aku memang harap aku tak pernah buat this and that. Tapi kalau takde lampau, takdelah sekarang dan akan datang. Bila tgk kelebihan orang lain, ingat. kita pun ada. bila tgk kesusahan kita, ingat, orang lain ada lebih teruk.

Cakap pasal palestine. kerap aku dengar lagi lagi org yang ke sana. walau ujian mereka tak terkira. senyum masih di muka. layanan baik masih diberi hati terbuka. well, semestinya. sebab diorang ada ALLAH dalam hati mereka. Aku nak menangis. ini yang kita kata, mungkin tak kenal tak pernah jumpa. tapi aku jatuh cinta pada mereka.

itu yang kita kata orang yang kuat. thought yang datang dan rasa, ini yang betul betul kita kata orang yang indah. terima dan redha , hati diorang tenang. bukan tak risau. tp itu yang kita boleh panggil. kehidupan. hati diorang "hidup." INDAH. YA ALLAH.


~ Denabahrin~

Tuesday, 2 April 2013

PIKAT ORANG ???

haha...tajuk yang sangat membuat kan saya gerun..sebab nya akak saya suruh saya pikat my stalker..hakhak memang mati hidup balik pun saya tak kan buat semua tu...untuk apa?? untuk jatuh cinta kat saya haha...saya ni lansung tak ada ciri-ciri yang orang sukai..lawak la angah ni agak lah kalau nak suruh kite pikat Mr.kura-kura saya tu..haha..kenapa eyh sekarang ni mesti perempuan yang kena pikat lelaki bukan nye lelaki itu sendiri hah....saya tak suka saya yang memulakan segala-gala nya...biar la dia yang mulakan dulu then saya pun dah bagi sign kat dia dengan kawan yang bermulut murai pun dah bagi tau yang saya suka kat dia..nak buat apa lagi bukan kah itu salah satu langkah memikat orang hah..dia tak nak bukak langkah dia ..then enough..full stop!! tak ada harapan dan peluang pun yang awak beri kat saya Mr.kura-kura... saya pun sebenar nya pernah pikat orang tapi tu la keberanian tu sampai kat situ saja lah sebab dia sudah berpunya..hurmmm sooo sad!!!

Monday, 1 April 2013

TAKDIR DI TANGAN TUHAN

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku dan tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku senantiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini maupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kmaksiatan dan kemungkaran…
Maka karuniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-2 dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau ridhoi…
Dan karuniakanlah kepadaku keturunan yang sholeh dan sholehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…