CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 30 July 2011

BuDaK DeaN LiST

Assalamualaikum..
hehe..selama beberapa seminggu ini..saya dan kawan saya yang bernama nur fatihah abdul karim ni..melampau betol berebut nak seorang dean list 2 sem berturut-turut..haha..lucu kan..nama dean list ni pulak ialah muhammad heiqal..hehei..tak hensem mana pun..tapi bole diajak berkawan..walaupun pendiam kalau diajak berborak boleh satu kepala dengan saya..seperti kebanyakkan dean list ni tak suka borak-borak kosong..tapi dia ni saya terasa macam jatuh hati pulak..aish tak boleh tak boleh..tapi disebabkan nak berebut ni lah yang semangat nak mendekati dia ni..ape??perigi cari timba..hehe..boleh la..kebanyakkan semua nya berpihak la kepada saya ni..haha..buat masa ni grouping saya selalu bersama dengan dia ni..untung la saya kan..hehe..bukan nak mempermainkan tapi itulah kalau pasal berebut ni tak nak lah kalah kan..tapi yang pasti setiap kali saya pandang dia ni dia akan tersenyum..yang pelik nyer senyum tak pandang saya..ish tak romantik langsung..aper boleh buat kan..orang tak sudi nak pandang..ish3..kesian..tak per maseh banyak hari lagi bersama dengan muhammad heiqal ni..unik nama dia kan..seunik orang dia..heeee~suke suke suke

Wednesday 20 July 2011

Panji Ar-Royah > Panji Para Pahlawan!!

 by i luv islam
Wahai Kaum Muslimin..
Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw bersabda, dari Ibnu Abbas ra ,
"Al-Liwa'uha baidho' wa ar-rayatuha sauda'!"

alt
"Bahawa bendera Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam berwarna putih, sedangkan panji beliau warnanya hitam."

Inilah panji mulia yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw, para Sahabat radhiallahu anhum dan para Khalifah yang berani menentang kebiadaban puak kuffar.

Inilah panji Rasulullah saw yang dipertahankan dengan darah dan nyawa sahabat terkenal, Ja'far bin Abi Thalib ketika perang Mu'tah dimana umat Islam yang hanya mempunyai kekuatan 3000 orang menentang kekuatan Rom dan seluruh penduduk jazirah Arab yang berjumlah 200,000. Suatu nisbah yang tidak masuk akal, 1 nisbah 6.

Seorang tentera kaum muslimin terpaksa berhadapan dengan 6 orang tentera kuffar! Di dalam peperangan ini, Ja'far bin Abi Thalib yang di amanahkan oleh Rasullah saw untuk menjadi Amirul Jihad mengepalai kaum muslimin telah ditebas tangan kirinya yang memegang teguh panji Ar-Royah! Langsung disambut oleh tangan kanan beliau!Kemudian tangan kanannya pula dipotong tanpa belas kasihan, Ja'far bin Abi Thalib tidak mengalah, malah memeluknya dengan sisa tangan yang ada. MasyaALLAH, sahabat mulia ini akhirnya dilempar dengan lembing daripada belakang sehingga terbelah badan beliau syahid di medan peperangan! Rasulullah saw menganugerahkan gelaran Ja'far Al-Janahain kepada beliau, iaitu Ja'far yang mempunyai dua kepak yang kini sedang bebas berterbangan di jannatul Firdaus,

MashaAllah! Inilah hasilnya setelah bermati-matian memperjuangkan panji Rasulullah saw. Ganjaran ini tidak mungkin didapati oleh tentera-tentera Turki, Pakistan, dan Malaysia yang bermati-matian berperang di Afghanistan di bawah panji kotor Amerika!

Bendera Jalur Gemilang juga tidak layak untuk dimuliakan oleh kita sebagai umat Islam yang mengucapkan kalimah Laa ilaha illallah, muhammdur Rasulullah. Bendera Jalur Gemilang ini adalah sebuah bendera yang dihasilkan melalui sebuah pertandingan yang telah mendapat kelulusan King George Vl pada tahun 1950! Maka tidak hairanlah kita kalau selama ini kita melihat bendera kita ini benar-benar mirip bendera Amerika.

Subhanallah!

Panji inilah juga yang diperjuangkan oleh Panglima Perang Thariq bin Ziyad di zaman Khilafah Umaiyah yang telah memimpin futuhat ke atas Sepanyol pada tahun 711M. Setelah mendarat di sebuah tempat yang kemudiannya di namakan Jabal Thariq, beliau memerintahkan untuk membakar semua kapal dan berpidato di hadapan anak buahnya untuk membangkitkan semangat mereka:

"Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran."

Pasukan Thariq yang hanya berjumlah 7000 orang, terus menyerbu ke benteng pertahanan puak kufar di wilayah Sepanyol yang mempunyai kekuatan berjumlah 25,000 orang tidak sekali-kali mematahkan semangat mereka kerana sudah tidak ada apa-apa lagi yang perlu dirisaukan, jika mereka memenangi pertarungan ini, kaum muslimin akan mendapatkan kemuliaan, dan sekiranya mereka mati, mereka akan dinobatkan oleh Allah sebagai syuhada' fi sabilillah. Dengan berkat keimanan dan semangat mereka mengibarkan panji Rasulullah saw, Umat Islam menyebarkan cahaya Islam ke seluruh Sepanyol selama lebih dari 700 tahun lamanya!

Panji inilah juga yang diangkat tinggi oleh Pahlawan Agung Shalahuddin Al-Ayyubi ketika menghadapi tentera Salib yang diketuai King Richard di dalam perang Hittin. Tentera Salib dengan sewenang-wenangnya menumpahkan darah kaum muslimin di Baitul Maqdis dan berpesta arak di atas mayat-mayat kaum muslimin yang darahnya mencecah sehingga ke lutut. Shalahuddin Al-Ayyubi yang merupakan seorang Muslim berbangsa Kurdish tidak berdiam diri bagi menyelamatkan kehormatan umat Islam yang berbangsa Arab di Baitul Maqdis! Bagi menghadapi kekuatan tentera salib, Shalahuddin Al-Ayyubi terlebih dahulu menyatukan kekuatan umat Islam di Syria, Mesir, Sudan, Yaman, dan Hijaz sehingga berupaya membalas kembali kebiadaban tentera salib yang mengakibatkan 30,000 tentera salib mati dengan hina di tangan tentera umat Islam!

Panji inilah juga yang di junjung tinggi oleh perwira umat Islam, Sultan Muhammad Al-Fatih ketika membuka kota Konstantinople yang menjadi kubu kuat Rom Byzantium! Rasulullah saw pernah mengkhabarkan kepada kita di dalam hadithnya ketika sedang menggali Parit Khandaq;

"..Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Amirnya adalah sebaik-baik Amir, tenteranya adalah sebaik-baik tentera......" (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Panji inilah juga yang dibawa oleh Sultan Saifuddin Qutuz yang memerangi tentera Monggol di dalam peperangan Ain Jalut, dalam rangka membalas dendam darah 1.8 juta kaum muslimin yang ditumpahkan di Baghdad! Tentera Monggol yang tidak pernah kalah ketika itu yang menguasai jajahan seluas Poland sehingga Korea menjadi kegerunan manusia seluruh dunia memberikan pilihan kepada Qutuz samada berperang atau menyerah. Saifuddin Qutuz tidak melakukan hal yang menghinakan umat Islam sepertimana pemimpin umat
 Islam saat ini yang melakukan perjanjian damai dan bersalaman dengan musuh yang tangannya penuh dengan darah umat Islam. Namun Saifuddin Qutuz bangkit mengembalikan maruah umat Islam yang dicalar oleh puak kuffar monggol! Malah beliau menempelak pemimpin-pemimpin yang takut menghadapi musuh dengan berkata:

"Wahai pimpinan muslimin! Kamu diberi gaji dari Baitul Mal sedangkan kamu tidak suka berperang. Aku akan pergi berperang. Sesiapa yang memilih untuk berjihad, temankan aku. Sesiapa yang tidak mahu berjihad, baliklah ke rumahnya. Allah akan memerhatikannya. Dosa kehormatan muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak turut berjihad."

Wahai Kaum Muslimin!

Telah nyata keberanian nenek moyang kalian! Mereka merupakan para pahlawan yang sanggup berjuang dan siap mati demi Islam! Dan telah nyata pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin kalian yang ada pada hari ini! Mereka malah menjadi agen, menjadi hamba yang menuruti arahannya Amerika Syarikat. Mereka memberikan segala bahan galian kepunyaan umat iaitu minyak kepada Amerika dengan harga yang murah, mereka memberikan tanah-tanah umat kepada Amerika untuk membuat pangkalan tentera para syaitan yang memusuhi Allah, mereka memberikan ruang udara kita bagi mengebom saudara kita sendiri.  Mereka menghulurkan tangan berjabat mesra dengan tangan pemimpin nombor satu umat Islam yang penuh dengan darah anak-anak Palestin, Iraq, dan Afghanistan! Apakah ini pemimpin-pemimpin seperti ini kita inginkan?

Ayuh bertindak melakukan perubahan!!

Monday 18 July 2011

Ku Biar Kalam Berbicara

ya..saya biarkan pena ini menulis kalam ini..untuk meluahkan isi hati segalanya..menghurai maksud di jiwa saya ini..segala suratan telah terjadi..mengapa mempersoalkan kehadiran diri ini..sekadar menghulur salam persahabatan..apakah hati ini terlalu tega membuat diri ini terluka..moga terubat keresahan dijiwa..tak pernah diri ini inginkan sesuatu terjadi..tapi mengapa tangan ini terlalu ringan menghulur salam ukhuwah..tidak sudi..tidak mengapa..telah sedaya tak melukai kata-kata yang menggambarkan hati ini..mungkin sudah suratan hidup ini tidak dipeduli..penuh prasangka bila disoal tentang diri ini..perigi mencari timba..ya..itulah peribahasa yang sesuai buat diri ini..Ya Allah..tunjukkan jalan..untuk menempuhi dugaan ini..maafkan diri ini jika melukai mu..diri ini faham bagai mana wajah sebenar diri ini..tidak kan berdaya untuk menahan hiba nya rasa ini..mungkin ada rahmat yang tersembunyi...

Sunday 17 July 2011

Air Tangan Orang Tak Solat

alt Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ya Rasulullah..Kami Menyayangimu..

 
Daripada  Abbas r.a,Rasullulah bersabda :

Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W..Jibrail a.s akan datang kepadanya membawa seekor buraq.Israfil datang membawa bendera dan mahkota.
Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga..

Israfil bersuara : “wahai roh yang baik ! kembalilah kepada tubuh yang baik ” .Lantas kubur terbelah dua.
Pada seruan yang ketiga,ketika Rasullulah s.a.w berdiri,baginda s.a.w telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda saw..Baginda s.a.w lihat kanan dan kiri.Baginda s.a.w  dapati tiada lagi bangunan.Baginda s.a.w menangis sehingga mengalir air mata ke pipinya….

Baginda s.a.w bersabda “Kekasihku Jibrail ! Gembirakanlah aku .. “

Jibril as berkata “apakah yang kamu lihat di hadapanmu ? ‘

Baginda s.a.w bersabda ” bukan itu pertanyaanku “

Jibril as membalas “adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu ? “

Baginda s.a.w bersabda ” bukan itu maksud  pertanyaanku.Aku bertanya kepadamu akan UMATKU,di mana perjanjian mereka ? ..Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini..Aku akan mensyafaatkan umatku..”

Jibril as menyeru ” wahai sekalian makhluk,datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah s.w.t “

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w berjumpa satu umat,baginda s.a.w bertanya ” di mana umatku ? “

Jibril as berkata ” wahai Muhammad,umatmu adalah umat yang terakhir “

Apabila nabi Isa as datang.Jibril as menyeru ” Tempatmu !!” ..maka nabi Isa as dan Jibril as akan menangis..

Nabi Muhammad s.a.w bertanya ” mengapa kalian menangis ? “

Jibril as berkata ” bagaimana keadaan umatmu, Muhammad ? “

Nabi Muhammad s.a.w bertanya ” di mana umatku ? ” Jibril berkata ” mereka semua telah datang,tetapi berjalan sangat lambat dan perlahan “

Apabila mendengar cerita demikian,Baginda s.a.w menangis lalu bertanya ” wahai jibril,bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa ? ” Jibril as berkata “lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w”

Nabi Muhammad s.a.w bertemu umatnya yang berdosa..Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru ” wahai Muhammad”

Baginda s.a.w bersabda “wahai umatku ” ..mereka semua berkumpul di sisinya..Umat-umatnya menangis..

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi..”Di mana umat Muhammad s.a.w ? Jibril as berkata ” mereka adalah sebaik umat “

Allah Taala berfirman “wahai jibril,katakanlah kepada kekasihKu Muhammad s.a.w bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanku “

Jibril as kembali dalam keadaan yang menangis lalu berkata ” wahai Muhammad.Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala “

Nabi Muhammad berkata kepada umatnya “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk mengadap Allah Taala “

Allah Taala berfirman “Hari ini kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.Hari ini Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu,dan Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu..”

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.Nabi Muhammad s.a.w menyeru ” Tuhanku. Penguasaku Penghuluku !! Aku tidak meminta untuk diriku..Sesungguhnya aku meminta untuk UMATKU dariMU “

ketika itu juga,neraka jahanam berseru ” siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya ? “

neraka pula berseru ” wahai tuhanku..penguasa dan penghuluku !!…selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari  seksaannya !..selamatkanlah mereka dari kepanasanku,bara apiku,penyesaanku dan azabku..! sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah..mereka tidak sabar dengan penyeksaan..

Nabi Muhammab s.a.w bertambah sedih..Air matanya telah kering dari pipinya…

Sekali,baginda s.a.w sujud di hadapan Allah s.w.t.,dan sekali lagi baginda s.a.w rukuk untuk memberi syafaat untuk umatnya..Para nabi melihat keluh kesah dan tangisannya..Mereka berkata ” maha suci Allah ..Hamba yang paling dimuliakan ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya”

Fatima r.a bertanya ” di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti wahai bapaku ?  ”

Baginda s.a.w menjawab ” kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aq sedang memberi minum kepada umatku “

tatkala umat Muhammad s.a.w sedang mencari mimbar Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapatkan syafaat,Mariam,Asiah,Khadijah serta Fatimah Az-zahra sedang duduk,ketika Mariam melihat umat nabi Muhammad s.a.w dia berkata ” ini umat nabi Muhammad s.a.w.mereka telah sesat dari Nabi mereka “

suara  Mariam didengari nabi Muhammad s.a.w..Nabi Adam as berkata kepada nabi Muhammad s.a.w “Ini umatmu wahai Muhammad..mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala

lantas baginda s.a.w menjerit dari atas mimbar lalu bersabda ” marilah kepadaku wahai umatku!wahai sesiapa yang  beriman dan tidak melihatku..Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aq sentiasa memohon kepada Allah untukmu ! “

Umat nabi Muhammad s.a.w datang berkumpul di sisinya..

ketika di atas sirat,Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada malaikat Malik ” wahai Malik..dengan kebenaran  Allah Taala ke atasmu,palingkan wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi !! jika tidak hati mereka akan gentar apabila melihatmu “

Nabi Muhammad s.a.w berhenti di atas sirat..

setiap kali baginda melihat seorang dari umatnya bergayut di atas sirat..baginda saw akan menarik tangannya dan membangunkan die kembali..

Nabi Muhammad s.a.w berkata ” Tuhan ..selamatkan mereka !Tuhan ! selamatkan mereka ! “

Tuesday 12 July 2011

Dengarlah wahai Kekasihku

wahai Kekasihku
sesungguh nya andai ini ujian buat ku..Insya-Allah..akan kami hadapi..
namun Kekasihku..hamba minta dengan hina nya hamba ini..
berikan hamba kekuatan yang padu menempuh semua ini..
hamba juga seorang manusia yang lemah..
malah tidak kuat untuk berdiri jika tidak ada pemengang nya..

wahai Kekasihku..
tidak ada ujian buat kami hamba-Mu melainkan kerana kasih sayang-Mu
kerana rahmat-Mu..
maka Kekasihku yang hamba sanjung..
hamba memohon kepadaMu agar tidak kami memberontak..
bahawa semua yang terjadi ada hikmah yang akan diberikan
malah sebagai ganjaran kepada sesiapa yang bersabar menghadapinya..

wahai Kekasihku
kekuatan hamba ini tidak lah sampai ke tahap para anbiya..para kekasih-Mu
namun kekuatan hamba ini ada had nya..
sampai saat nya..mengalir air mata hamba ini..
begini kah keadaannya fakir miskin dimana mereka terpaksa melalui nya..
hamba merasakan nya wahai Kekasihku..
maka disebab itu la mereka telah berjaya mendapat tempat disisi-Mu..
tetapi hamba ini baru diuji dengan kasih sayang-Mu..
malah hampir sahaja menyalahkan takdir-Mu Kekasihku..
sungguh memalukan akan perangai hamba ini..
bagaimana untuk terus bersyukur..
malahan sahabatku pula lagi diuji dengan kasih sayang-Mu..
diuji dengan nyawa abang di lambung keimanan yang kental untuk menghadapi saat nya..
dimana apakah masih ada harapan untuk terus hidup..
lalu apakah yang telah diuji untuk hamba yang tidak tahu bersyukur ini..

wahai Kekasihku
disaat ini..sahabat yang kukenali ini sudah mendapat tempat dihati ini..
mudah untuk mendapat tempat di hati hamba ini..
namun tidak semudah untuk hamba mengingati seperti sahabat hamba ini..
diuji dengan sebegitu utuh dari Kekasihku menbuatkan hati hamba luluh mendengar rintihannya
berharap agar dikuat kan iman nya yang hampir hilang disaat diuji
lalu apakah hamba ini masih terus ingin menagisi ujian-Mu Kekasihku

wahai Kekasihku
ingin aku pinjam kekuatan nya menghadapi semua ini..
namun dikhuatiri jika hamba meminjam nya..
kesakitan nya itu bakal menghancurkan hati hamba yang luluh..
penuh dengan kasih terhadap nya..
namun Kekasihku..
hamba tidak rela menyakitinya walau sebesar kuman
sesungguh nya dengan rahmat-Mu Kekasihku
berikan kami kekuatan yang jitu untuk kami meneruskan perjuangan yang belum habis ini..
semoga dengan izin Kekasihku..insya-Allah..

Sunday 10 July 2011

Tanpa Rahmat-Mu Kami Berdosa Ya Allah


 by syahirul

 Dari Jabir r.a, berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah S.A.W katanya: Wahai Muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai Nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun di atas sebuah bukit yang lebar, panjangnya bukit itu 30 hasta kali 30 hasta dan di sekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru.


Dan di situ Allah S.W.T mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit serta Allah S.W.T juga telah menghidupkan sepohon pokok delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya. Setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah S.W.T supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh bumi atau apa-apa sahaja sehingga tibanya hari berbangkit. Maka Allah S.W.T pun menerima permintaannya.

Berkatalah malaikat lagi: Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud. Kami mendapat dalam ilmu bahawa dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah S.W.T. Lalu Allah S.W.T menyuruh malaikat, “Masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku”. Maka orang itu berkata: “Dengan disebabkan amalku?” Maka Allah S.W.T menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan. Apabila penghitungan dibuat maka amal yang telah dibuat hamba itu selama 500 tahun telah habis dihitung hanya dengan sebelah mata sahaja, yakni nikmat penglihatan yang Allah S.W.T berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.

Maka Allah S.W.T berfirman: “Masukkanlah dia ke ke dalam neraka”. Apabila dia ditarik ke neraka maka ia pun berkata: “Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmatMu”. Lalu Allah S.W.T berfirman kepada malaikat: “Bawakan dia ke mari”. Kemudian Allah S.W.T bertanya kepada hambanya itu: “Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada?”. Lalu hamba itu menjawab: “Engkau ya Allah”. Kemudian Allah S.W.T bertanya lagi: “Apakah itu kerana amalmu atau rahmatKu?” Jawab hamba itu: “Ya Allah, dengan rahmatMu”. Allah S.W.T bertanya lagi: “Siapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?”. Jawab hamba itu: ” Engkau ya Allah”. Allah S.W.T bertanya lagi: “Siapakah yang menempatkan kamu di atas bukit yang ditengah-tengah lautan. Dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin. Serta siapakah yang menumbuhkan sepohon pokok delima yang mengeluarkan sebiji buah delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali, lalu kamu meminta supaya Aku mematikan kamu dalam keadaan sujud, jadi siapakah yang berbuat semua itu?”

Lalu orang itu berkata: “Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukannya”. Allah S.W.T berfirman: “Maka semua itu adalah dengan rahmatKu dan kini Aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatKu”. Maka malaikat Jibrail berkata: “Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah S.W.T”.
Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah S.W.T berikat kepada hambanya. Oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga Allah S.W.T sebaliknya mohonlah dengan rahmatNya. Sebab hanya dengan rahmat Allah S.W.T sahajalah seseorang itu dapat memasuki syurgaNya.

Apabila kita memohon doa kepada Allah S.W.T supaya kita dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatNya, maka mintalah supaya Allah S.W.T memasukkan kita dengan rahmatNya ke dalam syurga Firdaus.
Dari Jabir r.a, berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah S.A.W katanya: Wahai Muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai Nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun di atas sebuah bukit yang lebar, panjangnya bukit itu 30 hasta kali 30 hasta dan di sekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru.


Dan di situ Allah S.W.T mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit serta Allah S.W.T juga telah menghidupkan sepohon pokok delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya. Setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah S.W.T supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh bumi atau apa-apa sahaja sehingga tibanya hari berbangkit. Maka Allah S.W.T pun menerima permintaannya.

Berkatalah malaikat lagi: Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud. Kami mendapat dalam ilmu bahawa dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah S.W.T. Lalu Allah S.W.T menyuruh malaikat, “Masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku”. Maka orang itu berkata: “Dengan disebabkan amalku?” Maka Allah S.W.T menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan. Apabila penghitungan dibuat maka amal yang telah dibuat hamba itu selama 500 tahun telah habis dihitung hanya dengan sebelah mata sahaja, yakni nikmat penglihatan yang Allah S.W.T berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.

Maka Allah S.W.T berfirman: “Masukkanlah dia ke ke dalam neraka”. Apabila dia ditarik ke neraka maka ia pun berkata: “Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmatMu”. Lalu Allah S.W.T berfirman kepada malaikat: “Bawakan dia ke mari”. Kemudian Allah S.W.T bertanya kepada hambanya itu: “Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada?”. Lalu hamba itu menjawab: “Engkau ya Allah”. Kemudian Allah S.W.T bertanya lagi: “Apakah itu kerana amalmu atau rahmatKu?” Jawab hamba itu: “Ya Allah, dengan rahmatMu”. Allah S.W.T bertanya lagi: “Siapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?”. Jawab hamba itu: ” Engkau ya Allah”. Allah S.W.T bertanya lagi: “Siapakah yang menempatkan kamu di atas bukit yang ditengah-tengah lautan. Dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin. Serta siapakah yang menumbuhkan sepohon pokok delima yang mengeluarkan sebiji buah delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali, lalu kamu meminta supaya Aku mematikan kamu dalam keadaan sujud, jadi siapakah yang berbuat semua itu?”

Lalu orang itu berkata: “Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukannya”. Allah S.W.T berfirman: “Maka semua itu adalah dengan rahmatKu dan kini Aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatKu”. Maka malaikat Jibrail berkata: “Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah S.W.T”.
Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah S.W.T berikat kepada hambanya. Oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga Allah S.W.T sebaliknya mohonlah dengan rahmatNya. Sebab hanya dengan rahmat Allah S.W.T sahajalah seseorang itu dapat memasuki syurgaNya.

Apabila kita memohon doa kepada Allah S.W.T supaya kita dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatNya, maka mintalah supaya Allah S.W.T memasukkan kita dengan rahmatNya ke dalam syurga Firdaus.




Thursday 7 July 2011

♥ (¯`v´¯)♥ "Rebutlah Gelar Wanita Sholehah" ♥(´'`v´'`)♥

 *ღ☆ღ*¨*¤¤* Oleh " Catatan UmmI ”,¤¤*¨*ღ☆ღ*




                                                
ღ☆ღ♥ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم ♥ღ☆ღ

                                                 
                                                   .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:.

Pertama-tama adalah mesti engkau sadari, bahwa sesungguhnya aku tak akan menilai kecantikan wajahmu dibalik jilbab yan engkau kenakan, serta harta yang kau miliki sebagai daya tarik untuk menikahimu. Tapi kecantikan hati, perilaku, serta ketaatanmu kepada Dienul Islam itu yang utama. Memang hal ini sangat musykil di zaman yang telah penuh dengan noda-noda hitam akibat perbuatan manusia, sehingga wanita-wanitanya sudah tidak malu lagi untuk menjual kecantikannya dan berlomba-lomba memperlihatkan aurat dengan sebebas-bebasnya demi memuaskan hawa nafsu jahatnya. Namun itulah yang diajarkan Rasulullah Sallallahu 'alahi Wasallam , kepada kita melalui haditsnya :

“Janganlah engkau peristrikan wanita karena hartanya, sebab hartanya itu menyebabkan mereka sombong. Dan jangan pula kamu peristrikan wanita
karena kecantikannya, karena boleh jadi kecantikannya itu dapat menghinakan
dan merendahkan martabat mereka sendiri. Namun peristrikan wanita atas dasar Diennya. Sesungguhnya budak hitam legam kulitnya tetapi Dienya lebih baik, lebih patut kamu peristrikan“. (HR. Bukhori)

Dan Allah pun tak akan melihat kebagusan wajah dan bentuk jasadmu. Tapi Dia menilai hati dan amal yang kau lakukan. Hendaknya engkau yakin bahwa wanita-wanita salafusshaleh adalah panutanmu, yang telah mendapat bimbingan dari Rasulullah Sallallahu 'alahi Wasallam.

Contohlah Ummu Khomsa yang tersenyum gembira mendengar anak-anaknya gugur dalam medan pertempuran. Tentunya engkau heran, mengapa seorang
ibu seperti itu ? jawabnya adalah karena ia yakin bahwa jannah telah menanti anaknya di akhirat, sedangkan engkau tahu, tak seorangpun yang tidak menginginkan akhir hidup di tempat yang penuh kenikmatan itu.

Katakanlah kepada anak-anakmu kelak :

…janganlah engkau bimbang dan ragu wahai anakku, kalau kamu syahid
daripada sibuk mengumpulkan hartadan memburu pangkat. Maka kalau kamu ingin termasuk ke dalam golongan-golongan pejuang ISLAM yang benar-benar memperjuangkan hak Allah dan Rasul-Nya. Serahkan dirimu dan ketaqwaan yang kuat dan tanamkan pula dalam hatimu iman serta keinginan untuk menemuin-Nya secara syahid. Bayangkanlah bahwa jannah sedang menanti, bersama para bidadari yang sedang berhias menanti kekasih-kekasihnya, yaitu kamu sendiri.

Seperti Firman Allah :

“Dan didalam Jannah itu ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik” (QS 56 : 22-23)

Ajarkanlah pada anak-anak kita kelak, bahwa hidup dalam ISLAM tidak berarti mencari kenikmatan semu di dunia ini sehingga mereka bersenang-senang didalamnya dan lupa akan Akhirat. Padahal Rasulullah mengajarkan “ Addunya mazra’atul akhiroh (Dunia adalah ladangnya akhirat). Jadi dunia bukan tujuan akhir, tapi hanya sekedar jembatan untuk menuju kehidupan akhirat yang lebih baik dan kekal sehingga mereka mengerti bahwa mencari keridhoan Allah berarti pengorbanan yang terus menerus, Seperti Firman-Nya :

“ Dan diantara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena
mencari keridhoan Allah dan Allah maha penyantun kepada hamba-hambanya”. (QS. Al Baqarah : 207)

Akhirnya merekapun tahu bahwa jalan yang mereka pilih itu tidak menjanjikan harta di dunia ini yang banyak, rumah mewah, kendaraan yang banyak, atau kasur-kasur yang empuk, pangkat dan wanita, tapi jalan mereka semua adalah jalan yang penuh dengan duri-duri cobaan serta seribu datu macam tantangan. Karena Allah tidak akan memberi Jannah kepada kita dengan harga yang murah.

Berdo’alah kepada-Nya agar engkau lahirkan kelak dari rahimmu seorang anak pewaris perjuangan nabi-nabi-Nya yang senantiasa mereka mendo’akan kita. Didiklah mereka agar taat dan berbuat baik kepada kita serta tidak menyekutukan Allah, seperti yang diwasiatkan Luqman kepada anak-anaknya (31:31).

Fahamkan mereka bahwa pewaris perjuangan Rasul dan Nabi bukanlah berarti mereka hanya menjadi pejuang di medan jihad, tapi juga seorang abid (zuhud) di malam hari. Anak kita kelak adalah amanah dari-Nya oleh sebab itu Allah akan murka seandainya kita menyia-nyiakannya. Pembentukan pribadi anak itu sangat tergantung kepada kita yang mendidiknya. Apakah ia akan menjadi orang yang beriman atau sebaliknya. Hendaklah engkau perhatikan makanan untuk mereka, pergaulannya serta pilihkan pendidikan yang mereka ikuti.

Jadilah engkau seperti Siti Maryam yang dapat mendidik Isa a.s.
di tengah-tengah cemoohan dan cacian masyarakat. Atau Siti Asiyah (istri fir’aun) yang dapat memupuk keimanan Musa a.s. di dalam istana yang penuh dengan kedurhakaan dan kekufuran. Kemudian Masyitoh yang mampu memantapkan hati anak-anaknya walaupun harus menghadapi air yang mendidih demi kebenaran. Atau deperti Siti Khadijah R.ha. Aisyah R.ha, Sayidina Fatimah R.ha yang membesarkan anak-anaknya di tengah-tengah kemiskinan.

Bila engkau telah memahami tugas terhadap anak-anakmu dalam Islam,
maka mudah-mudahan Allah akan memberkahi ktia dengan memberikan anak-anak yang sholeh, yang bersedia mengorbankan nyawanya demi mematuhi perintah Allah, seharusnyalah engkau faham juga bahwa dunia ini adalah perhiasan dan sebaik baiknya perhiasan adalah wanita sholehah.

Dan salah satu ciri yang harus engkau miliki jika ingin menjadi wanita sholehah dan bersedia untuk taat terhadap suamimu kelak seperti Firman-Nya dalam surat An-Nisaa :34 bahwa laki-laki adalah pemimpin bagi wanita dan istri yang baik adalah mereka yang setia (taat) kepada suami dan selalu memelihara kehormatannya selama suaminya tidak ada di rumah.

Hendaklah engkau berbeda dengan wanita-wanita saat ini yang benyak melalaikan suami dan anak-anaknya, mereka lebih sibuk dengan karir, arisan, undangan, atau menyia-nyiakan uang dan waktu dengan hal-hal yang tidak berguna, serta cenderung pamer wajah dan aurat kepada yang bukan muhrimnya. Carilah ridha suami dengan cara-cara yang telah diyariatkan Islam, karena Rasulullah telah bersabda :

“Wahai Siti Fatimah, kalau engkau mati dalam keadaan
Ali tidak ridha padamu, niscaya aku ayahandamu tidak akan menyolatkanmu“.

Jadilah engkau perhiasan yang tinggi nilainya di dalam rumah tangga, sumber penyejuk dan kebahagiaan hati suami, berhiaslah engkau untuk menyenangkan suami, jagalah hatinya agar engkau tak menyakiti dia. Walaupun dengan hal-hal yang kecil. Katakan kepadaku jika akan berangkat mencari nafkah :

“Wahai suamiku carilah rezeki yang halal disisi Allah, janganlah engkau pulang membawa rezeki yang haram untuk kami. Kami rela berlapar dan hidup susah dengan makanan yang halal.”

Dan janganlah engkau cegah, jika aku hendak meninggalkanmu berhari-hari karena memenuhi panggilan Allah dan Rasul-Nya. Tabahlah seperti tabahnya Siti Hajar dan Ismail yang ditinggalkan Ibrahim a.s. ditengah padang pasir yang tandus. Jika aku mengikuti jejak yasir, maka ikutilah di belakangku sebagai sumayyah, bila kukatakan kepadamu “perjuangan itu pahit” maka jawablah olehmu “Jannah itu Manis”

Sudah kiranya yang ingin aku sampaikan padamu, hendaklah engkau pahami
dan ikuti seperti yang telah aku tunjukkan kepadamu tapi harus diingat bahwa engkau melakukannya karena Allah bukan karena aku, semoga Allah meridhoi
kita dan memberi kemudahan dalam mengikuti petunjuknya ...

(¯`v´¯)♥
`·.¸.·``(´'`v´'`)♥♥ Smoga artikel Singkat ini memberikan manfaat ♥
...♥♥...♥`•.¸.•´
.¸.•´¸.•*¨♥ ♥SALAM UHIBBUKUM FILLAH ♥ Aamiin ya Robbal 'alamiin ♥♫

Monday 4 July 2011

Jalan Mencari Kematian

by hikayat emo boy

Lebih dikenali sebagai Jalan Kematian, Yongas Road ianya terletak di Bolivia. Ianya mencatatkan kematian sehingga 300 orang dalam setahun. Lebar jalan ini tak lebih daripada 10 kaki dan ketinggiannya sehingga 15,260 kaki.

Kalau ada yang sanggup bayau hutang PTPTN aku dan suruh aku bawa kereta ikut jalan ni, sumpah aku tolak. Biaulah hutang aku tak berbayau lagi daripada terjunam kedalam gaung.






Aku rasa kerajaan Malaysia patut belajau dari Bolivia macammana dorang boleh rileks biaukan rakyat dorang guna jalan ni. Ini setiap tahun kerajaan asyik keluarkan statistik kemalangan jalanraya. Buat bermacam kempen tapi rakyat Malaysia nak juga mati kat atas jalan. So biaukan jelah. Ala tak pupuslah orang kat Malaysia ni kalau ramai mati eksiden.

Mengapa Dikatakan Orang Melayu Ketinggalan Zaman

by hikayat emo boy

SATU kajian sains sosial mendapati untuk mengukur tinggi atau rendahnya lingkungan pemikiran sesuatu kelompok masyarakat, lihatlah sesuatu yang menjadi kekaguman mereka.

Kekaguman ini berada di sekitar kehidupan kelompok masyarakat berkenaan misalnya apakah bahan yang dibaca, jenis program televisyen atau filem ditonton. Semua ini adalah petunjuk untuk melihat graf pemikiran mereka sama ada berada dalam kelas berselera tinggi atau rendah.

Budaya popular adalah suatu yang paling berpengaruh dalam kalangan masyarakat. Tetapi tahap budaya pop itu juga menunjukkan perbezaan antara seseorang individu dengan yang lain.

Sekiranya rumusan kajian sosial itu digunakan untuk mengkaji tahap pemikiran orang kita, apakah kita berada pada kelompok berselera tinggi atau sebaliknya. Tahap pemikiran adalah cerminan kepada kehidupan sosial masyarakat.

Baru-baru ini sebuah kumpulan lawak muncul sebagai juara dengan memenangi hadiah wang tunai RM350,000 dan lain-lain hadiah iringan. Program yang mempertandingkan pelawak-pelawak ini sangat popular padahal tahap lawak yang diberikan sangat rendah.

Malah kumpulan yang mendapat hadiah RM350,000 sangat rendah pemikiran mereka kalau mahu diukur dengan tahap Malaysia sebagai sebuah negara yang dikagumi di seluruh dunia. Kumpulan ini pernah membuat sketsa lawak perempuan yang hendak bersalin di pentas dan akhirnya mereka dipilih sebagai juara.

Difahamkan kemenangan itu ditentukan oleh 50 peratus markah oleh juri profesional (apa tahap profesional tidak diberitahu) dan 50 peratus lagi oleh penonton yang mengundi menerusi SMS.

Jadi, kita boleh membuat kesimpulan inilah kumpulan lawak paling hebat sebab itu mereka diberi kemenangan. Maka kalau kajian sains sosial di atas boleh digunapakai, kerendahan pemikiran yang terpancar dalam lawak itu mencerminkan juga kerendahan pemikiran masyarakat yang rata-rata orang Melayu dan penagih program televisyen.

Kelompok masyarakat begini tidak menghiraukan sangat soal budaya, kesantunan dan jauh sekali tahap seni dan kreativiti.

Sepatutnya orang Melayu khususnya bimbang dengan perkembangan begini kerana ia tidak memperlihatkan pemikiran yang besar untuk mengisi cabaran sosial yang hebat. Kecenderungan kepada sesuatu yang bercitarasa rendah sangat rapat dengan keutamaan masyarakat kepada hal-hal remeh dan tidak membina.

Kelompok masyarakat begini tidak membantu membina negara. Sebaliknya mereka pula yang dipergunakan kerana selera yang rendah, tidak memilih dan pasif. Mereka adalah hamba kapitalis zaman moden. Utusan Malaysia

Bila aku baca artikel ni, betul juga apa yang dikata. Orang melayu sekarang tahap pemikiran mereka ntah apa apa. Tak payahlah nak salahkan anak muda, orang tua pun sama. Tak percaya cuba tengok berapa ramai orang tua yang berkeluarga yang sanggup duduk didepan tv tengok rancangan rancangan macam ni semua.

Ada satu masa aku minum kat sebuah kedai makan, ada seorang makcik ni merungut sebab tv kat kedai tu tak tayangkan rancangan MaharajaLawak. Punyalah semangatnya orang tua ni nak tengok rancangan yang ntah apa apa tu. Aku pelik dengan orang macam ni.

Akupun ada kawan yang gila tengok rancangan ni. Dorang cakap lawak best. Bila aku tengok takdelah best mana. Malah boleh dikatakan lawaknya langsung tak berisi ataupun lebih tepat takde mesej. Sekadar buat orang ketawa terbahak bahak lepas tu duduk tersengih sendiri.

Terpulanglah apa orang lain kata. Pada aku rancangan sebegini baik AF, Mentor, Lawak semua langsung tak membina pemikiran dan peradapan orang melayu. Malah orang melayu disembelih apabila mereka disuruh menghantar undian SMS kepada program program karut sebegini.



Katakan Tidak Kepada Program Realiti TV
 

Harga Ayam Mahal - Pemborong Sembelih Leher Pengguna Macam Ayam



 by hikayat emo boy


KUALA LUMPUR: Sejak dua minggu lalu, kebanyakan peniaga bahan keperluan di beberapa pasar mendakwa berlaku kenaikan harga terutama barangan mentah di pasar khususnya ikan dan ayam.
Tinjauan ke Pasar Chow Kit mendapati, harga ayam meningkat 50 sen hingga RM1 sekilogram yang dijual pada harga RM8 atau RM8.50 sekilogram berbanding RM7.50 sekilogram sebelum ini.

Malah, lebih mengejutkan harga ikan kembung yang dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat sehingga 100 peratus iaitu pada harga RM12 sekilogram sejak tiga hari lalu. Peniaga, Ali Mahmud, 28, berkata, kenaikan harga berlaku sejak dua minggu lalu dengan kenaikan 20 sen hingga RM6 menyebabkan peniaga menerima pelbagai rungutan daripada pembeli.

Kami menerima barangan daripada pemborong. Jika mereka menaikkan harga kami terpaksa menjual pada harga tinggi walaupun kadang-kadang keuntungan sedikit. Peniaga dalam dilema kerana setiap hari terpaksa menerima rungutan daripada pembeli jika berlaku keadaan sedemikian,” katanya. - Harian Metro

Harga ayam dan ikan naik mencanak canak bagaikan totey dipagi hari. Sejak harga ayam tidak lagi dikawal oleh kerajaan, para peniaga dan pemborong telah menaikkan harga ayam sesuka hati mak bapak jiran sebelah rumah dia je.

Dahulu semasa harga ayam dikawal, harganya sekitar 5 sehingga 6 ringgit sekilo. Tetapi Kerajaan perlu berdepan dengan tekanan para pemborong dan penternak ayam yang terpaksa menjual ayam dengan harga yang murah. Dan sekarang harga ayam tidak lagi dikawal. Tujuannya mudah iaitu mahukan rakyat atau pengguna itu sendiri membuat keputusan.

Pengguna sebenarnya mempunyai kuasa didalam mengawal harga barangan. Cuma pengguna tidak mahu memboikot ayam *bukan tidak tahu* kerana mereka merasa seolah olah nyawa mereka bergantung kepada ayam. Lawak kan. Mereka terpaksa menjadi HAMBA kepada pemborong dan peniaga ayam semata mata ketagih makan ayam. Padahal kalau tak makan ayam, bukanlah mati kebulur atau tolak pahalapun.

Aku pernah terbaca didalam akhbar mengapa pengguna tidak mahu memboikot ayam. Antara alasan yang diberikan adalah kerana anak suka makan ayam. Perghh ibu bapa akhir zaman sekarang sudah menjadi HAMBA kepada anak sendiri. Sanggup bergolok gadai semata mata mahu menurut kehendak anak. Padahal ibubapalah yang sepatutnya menentukan apa yang dimakan oleh anak. Bukan si anak yang meminta minta.

Sebenarnya pengguna mempunyai kuasa yang amat besar. Cukuplah pengguna memboikot ayam atau ikan selama seminggu, nescaya huru haralah kehidupan peniaga dan pemborong. Masa tu barulah mereka sedar kuasa pengguna.

Kuasa ditangan pengguna. Kalau pengguna sanggup menjadi HAMBA kepada para peniaga, maka janganlah merungut soal harga mahal. Tanggunglah itu semua kerana pengguna itu sendiri yang rela menjadi HAMBA.

*Tujuan aku besaukan perkataan HAMBA supaya korang sedar bahawa selama ini korang diperalatkan oleh peniaga dan pemborong. Bawak bawaklah mengucap. Jangan biarkan hidup kita ditentukan oleh orang lain. Fight for your own right!

Saturday 2 July 2011

Sejarah Penciptaan Ka'abah

 by syahirul
Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.
Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.
Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.
Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”
Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.
Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.
Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim:
- Tingginya 9 hasta.
- Panjang di paras bumi dari Hajarul Aswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
- Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
- Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.
- Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarul Aswad 20 hasta.
Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, ia terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat. Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap diteruskan sehingga sekarang. Berikut adalah rumusan sejarah pembinaan Kaabah.
- Binaan pertama: Malaikat
- Binaan kedua: Nabi Adam
- Binaan ketiga: Nabi Syith
- Binaan keempat: Nabi Ibrahim
- Binaan kelima: Kaum Amaliqah
- Binaan keenam: Kaum Jurhum
- Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi)
- Binaan kelapan: Abdul Mutalib
- Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun)
- Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah)
- Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi)
- Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi)
video live didalam kaabah

https://www.facebook.com/video/video.php?v=1588159632432



Bidadari Syurga Yang Memandikan Maryam Sesudah Wafat


by syahirul

Nabi Isa adalah nabi yang dilahirkan tanpa ayah dengan izin Allah dan Maryam adalah ibu yang telah melahirkan, menjaga dan mendidik Nabi Isa dengan penuh kasih sayang. Suatu hari Nabi Isa telah bekata kepada ibunya, “Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu, marilah ibu besama saya”.
 
Setelah berkata demikian, maka berangkatlah mereka menuju ke gunung Lebnon. Apabila sampai di gunung tersebut, maka Nabi Isa dan ibunya berpuasa di siang hari dan mendirikan solat di malam hari. Makanan mereka terdiri daripada pohon kayu dan meminum air hujan sahaja.
Setelah sekian lama Nabi Isa dan ibunya tinggal di gunung tersebut, maka suatu hari Nabi Isa turun dari gunung tersebut untuk mencari daun kayu untuk mereka berdua berbuka puasa. Setelah Nabi Isa turun ke bawah, datanglah malaikat menghampiri Maryam dan berkata, “Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari”.
Sebaik saja Maryam melihat orang yang memberi salam itu, maka Maryam berkata, “Siapakah kamu ini? Badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut mendengar suaramu”. Malaikat tersebut menjawab, “Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapa pun baik anak kecil, orang tua atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa (Izrail)”.
Mendengar penjelasan malaikat maut, maka Maryam bertanya, “Wahai malaikat maut, apakah tujuan kamu ke sini? Adakah kamu mahu menziarahi aku atau pun mencabut nyawaku?” Izrail menjawab, “Wahai Maryam, kedatanganku adalah untuk mencabut rohmu”. Maryam yang mengetahui ajalnya sudah hampir berkata lagi, “Wahai malaikat maut, apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku?”
Malaikat maut memperjelaskan perintah Allah yang memerintahkannya untuk menjemput roh Maryam dan beliau tak dapat mengsia-siakan walau satu saat. mendengar penjelasan Izrail, dengan hati yang ikhlas, Maryam berkata, “Wahai malaikat maut, kamu telah menerima perintah Allah, oleh itu laksanakanlah perintah itu dengan segera.” Izrail segera mendekati Maryam dan mencabut rohnya.
Selesai waktu Isyak yang akhir, Nabi Isa pulang dengan mendaki gunung tersebut dan membawa bekalan berbuka puasa. Beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat dan menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Beliau meletakkan bekalan makanan untuk berbuka puasa dekat dengan ibunya lalu beliau berdiri menghadap kiblat. Setelah sekian lama, beliau memanggil ibunya untuk berbuka puasa dan mengerjakan ibadah tanda syukur kepada Allah, namun beliau melihat tak sedikit pun makanan terusik oleh ibunya walau dua pertiga malam telah berlalu.
Nabi Isa memanggil lagi ibunya, “Assalamualaiki ya Ummaahu”. Oleh kerana fajar telah menjelma dan ibunya tidak lagi bangun, maka beliau menghampiri ibunya dan meletakkan pipinya pada pipi ibunya lalu menciumnya sambil menangis dan berkata, “Assalamualaiki ya Ummaahu. Malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah”.
Setelah Nabi Isa berkata demikian, maka menangislah para malaikat dan para jin yang berada di sekitarnya dan bergoncanglah gunung di bawahnya. Kemudian Allah mewahyukan kepada para malaikat, “Apakah yang menyebabkan kamu semua menangis?” Para malaikat berkata, “Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui”. Setelah itu tiba-tiba kedengaran satu suara berbunyi, “Wahai Isa, angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu telah meninggal dunia dan Allah telah melipatgandakan pahalamu”.
Sebaik sahaja Nabi Isa mendengar suara tersebut, maka beliau sambil menangis berkata, “Siapakah yang akan menjadi temanku tatkala aku sunyi dan di kala aku menangis? Siapakah yang dapat aku ajak berkata-kata dan siapakah yang dapat membantu aku dalam ibadahku?” Kemudian Allah mewahyukan kepada gunung yang bermaksud, “Wahai gunung, nasihatilah Ruh-Ku (Isa A.S.)”.
Berkata-katalah gunung tersebut dengan izin Allah, “Wahai Ruh Allah, apakah erti kesusahanmu itu, ataukah kamu mahu Allah sebagai pendampingmu yang menggembirakan?” Setelah mendengar nasihat gunung, lalu Nabi Isa turun ke sebuah desa tempat tinggal Bani Israil dan meminta pertolongan mereka untuk menguruskan jenazah ibunya. Namun mereka tak mahu menolong Nabi Isa kerana takut pada ular-ular besar yang ada di gunung tersebut.
Nabi Isa dengan perasaan hampa naik kembali ke gunung dan beliau melihat dua orang pemuda yang sangat kacak rupa parasnya lalu beliau memberi salam dan meminta pertolongan mereka untuk memakamkan jenazah ibunya. Lalu berkata salah seorang dari pemuda itu, “Aku ini sebenarnya adalah malaikat Mikail dan sahabatku ini adalah malaikat Jibril. Aku ada membawa ubat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandikan dan mengkafankan ibumu”.
Setelah itu, malaikat Jibril pun menggali kubur di atas gunung. Selesai sahaja kerja memandi dan mengkafankan dilakukan oleh para bidadari syurga, mereka menyembahyangkan jenazah Maryam dan mengebumikannya. Lalu Nabi Isa berdoa kepada Allah, “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikit pun urusanku yang tersembunyi dariMu. Ibuku telah meninggal dunia sedang aku tidak menyaksikannya sewaktu dia wafat. Oleh itu izinkanlah dia berkata sesuatu kepadaku”.
Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Isa, “Sesungguhnya aku telah memberi izin kepadanya”. Nabi Isa lalu pergi ke kubur ibunya dan berkata, “Assalamualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimanakah pula kedatangan Tuhanmu?” Dengan izin Allah Maryam berkata, “Tempat pembaringanku dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat, sedang aku mengadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa Dia telah menerimaku dengan rela”.
Berkata Nabi Isa lagi, “Wahai ibu, bagaimanakah rasa sakitnya mati?” Ibunya menjawab, “Demi Allah yang telah mengutuskanmu sebagai nabi dengan sebenar-benarnya, belum hilang lagi rasa pedihnya mati, demikian juga dengan rupa malaikat maut yang belum hilang dari pandangan mataku. Alaikas salam wahai kasih sayangku sampai hari kiamat