CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 12 July 2011

Dengarlah wahai Kekasihku

wahai Kekasihku
sesungguh nya andai ini ujian buat ku..Insya-Allah..akan kami hadapi..
namun Kekasihku..hamba minta dengan hina nya hamba ini..
berikan hamba kekuatan yang padu menempuh semua ini..
hamba juga seorang manusia yang lemah..
malah tidak kuat untuk berdiri jika tidak ada pemengang nya..

wahai Kekasihku..
tidak ada ujian buat kami hamba-Mu melainkan kerana kasih sayang-Mu
kerana rahmat-Mu..
maka Kekasihku yang hamba sanjung..
hamba memohon kepadaMu agar tidak kami memberontak..
bahawa semua yang terjadi ada hikmah yang akan diberikan
malah sebagai ganjaran kepada sesiapa yang bersabar menghadapinya..

wahai Kekasihku
kekuatan hamba ini tidak lah sampai ke tahap para anbiya..para kekasih-Mu
namun kekuatan hamba ini ada had nya..
sampai saat nya..mengalir air mata hamba ini..
begini kah keadaannya fakir miskin dimana mereka terpaksa melalui nya..
hamba merasakan nya wahai Kekasihku..
maka disebab itu la mereka telah berjaya mendapat tempat disisi-Mu..
tetapi hamba ini baru diuji dengan kasih sayang-Mu..
malah hampir sahaja menyalahkan takdir-Mu Kekasihku..
sungguh memalukan akan perangai hamba ini..
bagaimana untuk terus bersyukur..
malahan sahabatku pula lagi diuji dengan kasih sayang-Mu..
diuji dengan nyawa abang di lambung keimanan yang kental untuk menghadapi saat nya..
dimana apakah masih ada harapan untuk terus hidup..
lalu apakah yang telah diuji untuk hamba yang tidak tahu bersyukur ini..

wahai Kekasihku
disaat ini..sahabat yang kukenali ini sudah mendapat tempat dihati ini..
mudah untuk mendapat tempat di hati hamba ini..
namun tidak semudah untuk hamba mengingati seperti sahabat hamba ini..
diuji dengan sebegitu utuh dari Kekasihku menbuatkan hati hamba luluh mendengar rintihannya
berharap agar dikuat kan iman nya yang hampir hilang disaat diuji
lalu apakah hamba ini masih terus ingin menagisi ujian-Mu Kekasihku

wahai Kekasihku
ingin aku pinjam kekuatan nya menghadapi semua ini..
namun dikhuatiri jika hamba meminjam nya..
kesakitan nya itu bakal menghancurkan hati hamba yang luluh..
penuh dengan kasih terhadap nya..
namun Kekasihku..
hamba tidak rela menyakitinya walau sebesar kuman
sesungguh nya dengan rahmat-Mu Kekasihku
berikan kami kekuatan yang jitu untuk kami meneruskan perjuangan yang belum habis ini..
semoga dengan izin Kekasihku..insya-Allah..

No comments:

Post a Comment