CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 17 July 2011

Ya Rasulullah..Kami Menyayangimu..

 
Daripada  Abbas r.a,Rasullulah bersabda :

Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W..Jibrail a.s akan datang kepadanya membawa seekor buraq.Israfil datang membawa bendera dan mahkota.
Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga..

Israfil bersuara : “wahai roh yang baik ! kembalilah kepada tubuh yang baik ” .Lantas kubur terbelah dua.
Pada seruan yang ketiga,ketika Rasullulah s.a.w berdiri,baginda s.a.w telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda saw..Baginda s.a.w lihat kanan dan kiri.Baginda s.a.w  dapati tiada lagi bangunan.Baginda s.a.w menangis sehingga mengalir air mata ke pipinya….

Baginda s.a.w bersabda “Kekasihku Jibrail ! Gembirakanlah aku .. “

Jibril as berkata “apakah yang kamu lihat di hadapanmu ? ‘

Baginda s.a.w bersabda ” bukan itu pertanyaanku “

Jibril as membalas “adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu ? “

Baginda s.a.w bersabda ” bukan itu maksud  pertanyaanku.Aku bertanya kepadamu akan UMATKU,di mana perjanjian mereka ? ..Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini..Aku akan mensyafaatkan umatku..”

Jibril as menyeru ” wahai sekalian makhluk,datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah s.w.t “

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w berjumpa satu umat,baginda s.a.w bertanya ” di mana umatku ? “

Jibril as berkata ” wahai Muhammad,umatmu adalah umat yang terakhir “

Apabila nabi Isa as datang.Jibril as menyeru ” Tempatmu !!” ..maka nabi Isa as dan Jibril as akan menangis..

Nabi Muhammad s.a.w bertanya ” mengapa kalian menangis ? “

Jibril as berkata ” bagaimana keadaan umatmu, Muhammad ? “

Nabi Muhammad s.a.w bertanya ” di mana umatku ? ” Jibril berkata ” mereka semua telah datang,tetapi berjalan sangat lambat dan perlahan “

Apabila mendengar cerita demikian,Baginda s.a.w menangis lalu bertanya ” wahai jibril,bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa ? ” Jibril as berkata “lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w”

Nabi Muhammad s.a.w bertemu umatnya yang berdosa..Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru ” wahai Muhammad”

Baginda s.a.w bersabda “wahai umatku ” ..mereka semua berkumpul di sisinya..Umat-umatnya menangis..

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi..”Di mana umat Muhammad s.a.w ? Jibril as berkata ” mereka adalah sebaik umat “

Allah Taala berfirman “wahai jibril,katakanlah kepada kekasihKu Muhammad s.a.w bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanku “

Jibril as kembali dalam keadaan yang menangis lalu berkata ” wahai Muhammad.Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala “

Nabi Muhammad berkata kepada umatnya “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk mengadap Allah Taala “

Allah Taala berfirman “Hari ini kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.Hari ini Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu,dan Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu..”

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.Nabi Muhammad s.a.w menyeru ” Tuhanku. Penguasaku Penghuluku !! Aku tidak meminta untuk diriku..Sesungguhnya aku meminta untuk UMATKU dariMU “

ketika itu juga,neraka jahanam berseru ” siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya ? “

neraka pula berseru ” wahai tuhanku..penguasa dan penghuluku !!…selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari  seksaannya !..selamatkanlah mereka dari kepanasanku,bara apiku,penyesaanku dan azabku..! sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah..mereka tidak sabar dengan penyeksaan..

Nabi Muhammab s.a.w bertambah sedih..Air matanya telah kering dari pipinya…

Sekali,baginda s.a.w sujud di hadapan Allah s.w.t.,dan sekali lagi baginda s.a.w rukuk untuk memberi syafaat untuk umatnya..Para nabi melihat keluh kesah dan tangisannya..Mereka berkata ” maha suci Allah ..Hamba yang paling dimuliakan ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya”

Fatima r.a bertanya ” di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti wahai bapaku ?  ”

Baginda s.a.w menjawab ” kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aq sedang memberi minum kepada umatku “

tatkala umat Muhammad s.a.w sedang mencari mimbar Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapatkan syafaat,Mariam,Asiah,Khadijah serta Fatimah Az-zahra sedang duduk,ketika Mariam melihat umat nabi Muhammad s.a.w dia berkata ” ini umat nabi Muhammad s.a.w.mereka telah sesat dari Nabi mereka “

suara  Mariam didengari nabi Muhammad s.a.w..Nabi Adam as berkata kepada nabi Muhammad s.a.w “Ini umatmu wahai Muhammad..mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala

lantas baginda s.a.w menjerit dari atas mimbar lalu bersabda ” marilah kepadaku wahai umatku!wahai sesiapa yang  beriman dan tidak melihatku..Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aq sentiasa memohon kepada Allah untukmu ! “

Umat nabi Muhammad s.a.w datang berkumpul di sisinya..

ketika di atas sirat,Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada malaikat Malik ” wahai Malik..dengan kebenaran  Allah Taala ke atasmu,palingkan wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi !! jika tidak hati mereka akan gentar apabila melihatmu “

Nabi Muhammad s.a.w berhenti di atas sirat..

setiap kali baginda melihat seorang dari umatnya bergayut di atas sirat..baginda saw akan menarik tangannya dan membangunkan die kembali..

Nabi Muhammad s.a.w berkata ” Tuhan ..selamatkan mereka !Tuhan ! selamatkan mereka ! “

No comments:

Post a Comment