CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 29 May 2011

Halimatus Sa'adiah

kaki mu melangkah lesu menuju kejalan pulang
kecewa kerana gagal mencari bayi hartawan
namun apakah yang dapat kau beri sebagai jawapan
jika ditanya mengapa kau gagal mendapat kannya..

tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa
tergugat deria ibu yang bersemi di jiwa
biar muhammad itu tanpa upah berganda
namun hati mu rela
bukan kerana harta...

halimatus sa'diah 
kau ibu yang bertuah
kau wanita penerima barakah
dari desa pedalaman
daerah di pinggiran
kau menyusuri insan pilihan..

halimatus sa'diah kau ibu barakah..
engkau bermula mukadimah yang indah..
episod awal sirah nabi junjungan mulia..
kau ibu susu yang bertuah..

No comments:

Post a Comment