CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 25 May 2011

Muslimin Idaman Muslimat


Muslimin idaman muslimat adalah seorang banin yg beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kpd Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dgn ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang2 yang berjuang di jln Allah

Muslimin idaman muslimat adalah muslimin yg menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dgn ilmu yg dimilikinya
Yang tidak bermegah dgn harta dunia yg dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yg penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yg bersifat jembalang

Muslimin idaman Muslimat adalah banin yg menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kpd kedua org tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak2 mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Muslimin idaman Muslimat sentiasa bersedia utk menjadi imam
Yang hidup di bwh naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dgn rahmat Allah ke atasnya

Muslimin idaman muslimat tidak pnh membazirkan masa
Matanya kepenatan krn penat membaca
Suaranya lesu krn penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dgn cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Muslimin idaman muslimat sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yg bakal menjadi baka yg baik
Menguruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Muslimin idaman muslimat adalah banin yang tidak terpesona dgn buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah MUSLIMIN IDAMAN MUSLIMAT

alangkah indah kita tergolong dalam golongan tersebut..
apakah semua nya hanya kata-kata..hehe..
fikirkan..

No comments:

Post a Comment