CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 15 December 2012

Melewatkan Solat dalam 27 Keadaan

DISUNATKAN UNTUK MELEWATKAN SOLAT dalam 27 keadaan :

1) apabila seorang budak yang belum baligh, mengetahui bahawa umur balighnya (15 tahun) akan sempurna dalam waktu solat fardhu
2) orang yang sangat mengantuk sedangkan waktu masih panjang
3) orang yang mengharapkan keuzurannya (meninggalkan solat jumaat) hilang sebelum solat jumaat selesai (maka sunat baginya untuk melewatkan solat zuhur yang w
ajib dilakukan sebagai ganti jumaat setelah solat jumaat yang dilakukan oleh orang ramai di masjid selesai)
4) orang yang meyakini adanya jemaah (maka sunat baginya untuk melewatkan solat fardhu hinggalah jemaah datang)
5) orang yang mempunyai hadas yang tidak putus-putus tetapi mengharapkan hadas itu berhenti
6) untuk keluar dari tempat-tempat yang dimakruhkan untuk solat
7) orang yang mempunyai tetamu untuk dijamu dan dilayani
8) orang yang tertentu ke atasnya untuk melakukan penyaksian (maka, disunatkan untuk melewatkan solat fardhu hinggalah penyaksiannya dilaksanakan)
9) ketika marah (hinggalah reda)
10) ketika menahan perasaan hinggalah tenang kembali
11) orang yang menemani pesakit yang berasa asing jika berpisah dengannya
12) orang yang bimbang keselamatan seorang maksum (iaitu nabi)
13) sibuk menyembelih binatang yang hampir mati
14) memberi makan haiwan yang hampir mati
15) membunuh ular (binatang yang membahayakan)
16) cuaca terlalu panas (solat zuhur sahaja dengan syarat2 tertentu)
17) untuk melontar jamrah diwaktu zuhur (maka sunat dilewatkan solat zuhur sebagaimana dilakukan oleh RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam)
18) untuk solat maghrib di Muzdalifah (ketika haji)
19) kerana menahan hadas (seperti kencing, kentut dan sebagainya)
20) mengidam makanan (yang telah tersedia)
21) menyakini akan menjumpai air di akhir waktu (dalam masalah tayammum)
22) meyakini adanya penghadang solat (sutrah)
23) meyakini dapat bangun berdiri untuk solat
24) menyelamatkan orang lemas dan seumpamanya
25) mempertahankan nyawa
26) mempertahankan harta
27) menguruskan jenazah

KTS (m/s189) dari Kitab Bughyatul Mustarsyidin karya Al-Habib Abdur Rahman Al-Masyhur

No comments:

Post a Comment