CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 5 August 2011

Percaya Padaku

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku


saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu


repeat reff


Tuesday 2 August 2011

Makhluk Ghaib!

by Ustaz Mohd Azri bin Mohd Nasaruddin

Persoalan tentang perkara-perkara ghaib seperti jin dan bunian merupakan salah satu perkara yang dikategorikan sebagai perbincangan keagamaan di kaca mata masyarakat kita.

Saban hari kita kerap dipaparkan dengan tajuk-tajuk rencana di majalah-majalah berkenaan persoalan yang bersekitar dengan tajuk ini. Kisah anak manusia yang berbapakan orang bunian, kisah mereka yang sesat di dalam hutan dan berjumpa dengan perkampungan bunian, kisah mereka yang dirasuk Syaitan, dan kisah mereka yang bersahabat dengan jin. Bagaimana pandangan al-Quran dan Sunnah berkenaan hal-hal ini?

Oleh itu, penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk cuba meleraikan untaian benang perihal-perihal ini, agar dapat kita ketahui betapa lemahnya tipu daya Syaitan itu, namun bagaimana ramai di antara kita yang tertipu dengan mereka.

1) Iblis/ Lucifer
Siapakah Iblis, dan apakah itu Syaitan? Adakah Jin dan Syaitan itu jenis makhluk yang berbeza? Benarkah Iblis itu suatu ketika dahulu adalah dari kalangan Malaikat?

Hakikatnya, perkataan Syaitan itu sendiri bermaksud 'yang ingkar', maka dinamakan Syaitan kerana Iblis ingkar kepada Allah agar sujud kepada Adam. Di dalam al-Quran, jelas Allah S.W.T ada berfirman: "Kami berfirman kepada para Malaikat 'sujudlah kamu kepada Adam', maka mereka semua bersujud, melainkan Iblis, dan Iblis itu dari kalangan Jin" -Surah al-Kahfi ayat 50.

Dengan wujudnya dalil ini maka tidak perlu lagi kita persoalkan lagi adakah Iblis itu dari kalangan Malaikat ataupun Jin kerana telah jelas disebutkan bahawa Iblis adalah Jin.

Oleh itu, dari manakah asal kata-kata bahawa Iblis itu pada asalnya adalah seorang Malaikat? Terdapat dua sumber berbeza daripada pendapat ini:

i) Tafsiran "maka mereka semua sujud, melainkan Iblis". Maka ada yang mengambil pengertian ayat ini bahawa Iblis itu dari kalangan Malaikat. Ini adalah tafsiran yang tidak menyeluruh dan dibuat tanpa penelitian, kerana ayat 50 dari surah al-Kahfi di atas telah menyebut dengan jelas tentang perihal ini.
ii) Riwayat Israiliyyat, iaitu riwayat dan pandangan dari ahli kitab, samada dari Yahudi atau Kristian. Orang-orang Kristian meyakini bahawa Iblis itu adalah dari kalangan Malaikat yang dibuang Allah S.W.T dari Syurga. Maka riwayat ini telah memberikan kesan kepada sebahagian umat Islam.

2) Syaitan
Seperti yang penulis nyatakan tadi, perkataan Syaitan itu sendiri bermaksud 'yang ingkar', maka dinamakan Syaitan bagi mereka yang ingkar kepada Allah, samada dari kalangan manusia ataupun Jin.

Firman Allah S.W.T : "Dan begitulah kami telah jadikan bagi setiap nabi itu musuh (iaitu) Syaitan-Syaitan dari kalangan Manusia dan Jin, mereka memberikan ilham kepada satu sama lain" - Surah al-An'am, ayat 112.

Maka jelas di sini, Jin dan Syaitan itu bukanlah makhluk dari jenis yang lain, bahkan sama. Ternyata juga bahawa daripada golongan manusia juga ada Syaitan. Namun, bukan setiap Jin itu Syaitan, sebagaimana bukan kesemua manusia adalah Syaitan.

Maka Syaitan sebagaimana yang difahami msyarakat kita, adalah pada hakikatnya Jin yang bersifat jahat, sebagaimana manusia yang bersifat jahat juga layak digelar sebagai Syaitan.

3) Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia (?)
Ini juga merupakan dakwaan yang tidak berasas dan tidak bersumberkan khabar dari Rasulullah S.A.W sedangkan Baginda S.A.W adalah manusia yang paling arif tentang perkara ghaib. Bahkan hadis daripada Baginda S.A.W menunjukkan hal yang bertentangan dengan apa yang kita fahami. Cuba kita lihatkan dengan teliti.

Sewaktu Rasulullah S.A.W menyampaikan surah ar-Rahman kepada para sahabat, di dalam surah ini terdapat pengulangan ayat "Maka dengan nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" Para sahabat semua terdiam mendengar bacaan Rasulullah S.A.W. Setelah selesai membacakan surah tersebut, Rasulullah S.A.W bersabda "Sewaktu aku membacakan surah ini kepada golongan Jin, setiap kali sampai pada ayat 'maka dengan nikmat Tuhan-Mu yang manakah yang kamu dustakan?,' para jin akan menjawab
 "Ya Allah ya tuhan kami, tiada satupun dari nikmat-Mu, yang kami dustakan, maka bagi Engkaulah segala pujian." Mengapa kalian semua cuma berdiam diri? Jin nampaknya lebih baik daripada kalian."

Tambahan pula, sejahat-jahat manusia di dunia ini adalah Firaun, kerana dia mengaku bahawa dirinya adalah Tuhan, "Maka dia (Firaun) berkata 'Akulah tuhanmu yang tertinggi, sembahlah aku!" Pernahkah kita mendengar dakwaan dari mana-mana Jin bahawa dirinya adalah Tuhan, samada dari riwayat al-Quran atau hadis yang sahih...? Sama sekali tidak pernah, oleh itu jauh sekali jika ingin mendakwa bahawa sebaik-baik Jin adalah setaraf dengan Firaun! Sungguh tidak adil bagi kita untuk menilai Jin sedemikian rupa.

Penulis juga ingin kongsikan di sini kata-kata para Jin ketika mereka di-Islamkan oleh Rasulullah S.A.W dan kisah ini telah diceritakan oleh l-Quran di dalam surah al-Jin.
"Katakanlah (hai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya sekumpulan Jin telah mendengar (al-Quran) maka mereka berkata 'sesungguhnya kami telah mendengar al-Quran dengan penuh takjub. Dia (al-Quran) menunjuk ke arah kebenaran maka kami beriman kepadanya, dan sekali-kali tidak akan kami berlaku syirik kepada Allah. Dan bahawasanya Maha Suci tuhan kami, Dia tiada isteri dan tiada pula anak. Dan telah berkata orang-orang yang bodoh dari kalangan kami kepada Allah perkara-perkara yang melampau. Dan kami menyangka sebelum ini bahawa manusia dan Jin tidak akan berkata bodoh berkenaan Allah. Dan adalah orang dari kalangan manusia memohon perlindungan dari kalangan Jin, Maka Jin itu cuma menambahkan kesesatannya. Dan sesungguhnya dari kalangan kami ada yang soleh, dan ada juga yang selain itu, adalah di antara kami mengikuti jalan yang berbeza. (ertinya ada yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, dan ada yang kufur dan maksiat kepada Allah, sama seperti manusia)."

Perhatikan bahawa al-Quran menyaksikan kepada kita hakikat Jin yang sebenarnya, bahawa mereka ada yang soleh, Islam, dan ada juga yang kufur dan maksiat kepada Allah. Maka Jin itu sama sahaja taraf keimanannya dengan manusia. Perhatikan juga ke manakah arah tuju seseorang itu jika dia memohon perlindungan kepada Jin, iaitu dia cuma menuju arah kesesatan di dalam syirik kepada Allah. Ini kerana ikrar kita saban hari di dalam surah al-Fatihah, "Hanya kepada Engkaulah kami tujukan segala bentuk ibadah kami, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan."

Adapun memohon pertolongan dari manusia, maka itu bukanlah termasuk di dalam syirik. Kata Imam az-Zahabi, syirik itu cuma terjadi apabila kita memohon kepada yang ghaib selain dari Allah S.W.T.

4) Bunian.
Terdapat satu kaum pada zaman Rasulullah S.A.W, yang mana mereka merupakan kaum yang sangat miskin. Suatu hari mereka mengetahui bahawa Rasulullah S.A.W akan datang menziarahi mereka di kampung halaman mereka, sedangkan mereka tidak mempunyai makanan yang lazat untuk dihidangkan kepada Baginda. Lalu mereka memutuskan untuk menyembelih kucing, dan mereka berbuat demikian. Sesampainya Rasulullah S.A.W di kampung tersebut dan dihidangkan lauk kucing tersebut, Rasulullah S.A.W marah dengan perbuatan mereka, kerana kucing itu haram dimakan, malahan kucing merupakan binatang kesayangan Nabi S.A.W. Lalu mereka semua berasa malu dengan kesalahan mereka, dan mereka meminta agar Rasulullah S.A.W berdoa kepada Allah, agar mereka dan keturunan mereka tidak dapat dilihat oleh manusia lain. Maka Rasulullah S.A.W mendoakan mereka, lalu kabullah doa Rasulullah. Itulah dia asal keturunan bunian yang wujud sehingga kini.

Ini merupakan kisah yang masyhur di kalangan masyarakat kita, dan kisah ini disandarkan kepada Rasulullah, iaitu dianggap sebagai hadis. Cuma sahaja kisah ini tidak pernah didatangkan sebagai hadis yang sahih, malahan tidak ada satu pun buku-buku hadis yang mengeluarkan hadis ini dengan sanad (rangkaian perawi hadis) yang sahih, atau langsung mengemukakan sanadnya. Oleh sebab itu, kisah ini bukanlah kisah yang sahih dan boleh diambil kira.

Pada hakikatnya, dua makhluk yang Allah ciptakan di bumi untuk beribadah kepada Allah cumalah Jin dan manusia, dan tiada selain dari itu. Segala kisah kampung halaman, bau orang memasak di dalam hutan dan sebagainya, hanyalah tipu helah Jin yang jahat bagi menyesatkan manusia, dan mengelirukan manusia tentang perihal yang tidak mereka ketahui.

Penulis juga ingin menyentuh di sini berkenaan kes-kes bayi yang dilahirkan tidak berbapa, lalu si ibu mendakwa bahawa anaknya itu merupakan hasil dari perkongsian hidupnya dengan orang bunian. Bolehkah begitu?

Pertama sekali, kemungkinan terjadinya perkara ini sudahpun diambil kira oleh seorang ulama' silam yang sangat 'alim dan terkenal, iaitu Imam Malik ibnu Anas Rahimahullah, guru kepada Imam Syafi'e Rahimahulah. Kata Imam Malik, andai kata benarlah perkahwinan di antara Jin yang ghaib itu dengan manusia boleh terjadi, maka huru-haralah dunia ini. Lahirkan sahaja anak zina, dan dakwa sahaja itu anak Jin, maka terlepaslah dia dari hukum zina!

Penulis benar-benar berasa kagum dengan kepintaran dan betapa majunya pemikiran Imam Malik, perkara ini disebutkannya 1200 tahun yang lepas, dan kini perkara inilah yang sebenarnya sedang terjadi sekarang! Astagfirullahalazim!

Tambahan pula, di dalam ilmu fiqh undang-undang, terdapat tiga cara bagaimana boleh jatuhnya pensabitan kesalahan zina, iaitu:-

i) Dari penyaksian empat orang saksi yang adil.
ii)Dari pengakuan si penzina itu sendiri, dan
iii) Dari kelahiran bayi tanpa adanya seorang bapa

Terkilan rasa hati penulis, bagaimana sesetengah pejabat-pejabat agama, yang terdiri dari kalangan orang-orang yang terpelajar di dalam ilmu syari'ah, tetapi masih lagi boleh percaya dan melepaskan wanita-wanita yang melahirkan anak tanpa bapa itu (yang berzina. Bukan yang dirogol) Subhanallah. Benar sekali kata-kata Imam Malik di atas.

Kedua, percantuman di antara manusia dan jin itu sendiri adalah mustahil, hatta di kaca mata sains moden. Api sama sekali tidak boleh bergabung dengan tanah, bahkan api cuma membakar apa-apa yang disentuhnya.

Demikian sahaja yang dapat dikongsi penulis kali ini. Mudah-mudahan ada yang boleh diambil sebagai faedah dan mendatangkan ilmu yang baru.

Ya Allah... kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan Syaitan yang direjam, dan kami berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan makhluk yang telah Kau ciptakan.

Ya Allah... kurniakanlah umat ini petunjuk ke jalan yang lurus, perjelaskanlah mereka tentang perkara-perkara ghaib agar mereka jelas dengan kebesaran-Mu, dan menumpukan perhatian mereka di dalam beribadah kepada-Mu.

Ya Allah... murnikanlah hati umat Muhammad S.A.W ini dengan kesucian tauhid, dan hindarkanlah kami dari najis syirik, sesungguhnya kepada Engkaulah kami tujukan segala ibadah kami.

Amin.

Lukisan Kapur 3D Jalanan

by segalanya disini

lukisan kapur yang menarik oleh Juliana Beever. Dia adalah seorang yang terkenal dengan lukisan kapur 3D yang sangat mengagumkan sejak pertengahan 1990 lagi sehingga la kini..masa tu 3D tak terkanal lagi lalu dia pun melukis lukisan tersebut di atas jalan..


Monday 1 August 2011

Sampaikan Pesanan Walau Satu Ayat

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar."

(Surah Al-Ahzab:71)





Janganlah memilih kelalaian sehingga hari tuamu.
Baki kehidupanmu sedikit pun tidak dipercayai.
Suatu hari kamu akan merasai kematian.
Akhirnya mati.
Lakukanlah apa yang ingin kamu lakukan.
Akhirnya mati.



Renungan untuk diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian.

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
========================================================

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di
akhir
waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk
waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan
tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang
melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan
waktu
sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang
lain.
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka
mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga
sampai
kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak
bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat
kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang
mengumpulkan dua
sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki
pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam.

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
---------------------------------------------------

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia
dan di
alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di
dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga
berselisih
tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan
membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu
berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan
sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian
dipukul dan
dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan
sembahyang
Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,
begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu
Isyak
dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan
seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU
-----------------------------------------

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya
adalah
ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan
perjalanan.
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak
menunaikan
sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak
di dalam
badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan
mereka.
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah
seterusnya.

PEMINUM ARAK
-------------------------

Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk
dan di
tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka.
Terdengarlah
suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua
manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau
mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang
berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut
berbau
busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan
terus
ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat
panas ke
dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu
jatuh
pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar
dari api selama seribu tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan
dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala
yang
bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan
mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.

MENGKIANATI HARTA
-----------------------------------

Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan
dijadikan benda
yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka
dipaksa terjun
ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul,
malaikat akan menekan kepala mereka supaya men-yelam semula serta
dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai.
Begitulah
diulang-ulang selama mereka di laut itu.

AZAB BAGI YANG KEDEKUT
-------------------------------------------

Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada
disedekahkan
atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar
yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.

SAKSI BOHONG
------------------------

Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan
digantung
pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul
dengan
kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga
hancur
luluh daging dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan
dipukul lagi.
Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.

MENGUMPAT
---------------------

Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan
digunting hingga
putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat
sangat.
Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting
lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Di dalam setiap tingkat
neraka
ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai
70 ribu
cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di
dalam buah
yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya
seperti
anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan
buah-buah kayu tersebut.

Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun
perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu
lubang.
Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana
setiap ekor
kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.

----------------------------------------------------
Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang
ingkar.
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit,
pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu
mengambil
iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu
kita
manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.

Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus
alpa dengan
dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah
balasannya
adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan,
sebelum tiba
masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk
dosa-dosa yang
kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan
banyak
mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang
Allah swt, dan diampunkan dosa kita.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana
dosa
yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh
insyaallah
akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun
kalau dosa
itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang,
mengumpat,
menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang
berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt.

Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu
akan
mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi
kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.

Wallahua'lam.