CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 15 December 2012

Ayat Cinta Itu

Apabila kamu teringatkan seseorang...
Perbanyakan lah...ISTIGHFAR

Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari...
Perbanyakan lah....SELAWAT

Apabila kamu ingin wajah berseri dan sejuk mata memandang....
Perbanyakan lah...SOLAT DHUHA

Apabila kamu inginkan perlindungan dan kekuatan hati....
Perbanyakan lah...TAHAJUD

Apabila kamu ingin malaikat mendampingimu dan mengelak dari nafsumu...
Perbanyakkan lah...WUDUK

Jika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...

Jika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...

Jika bahu ini tidak kuat memikul amanah, maka bersujudlah...

Ikhlas kan semuanya...dekatilah ALLAH

agar tunduk di saat yang lain angkuh...

agar teguh di saat yang lain runtuh...

agar tegar di saat yang lain terlempar...


Kalau Dia Tahu

kawan saya ada tanya saya tentang blog ini, macam mana kalau secara tak sengaja H..... tu tahu tentang blog ini, hahaha ,saya gelak jer apa yang kawan saya cakap, saya pun tak tahu lah, dia tu peduli ker kalau ada orang suka dia, dia nak ambil tahu ker, hehe, itu sebab saya berani buat blog ni, dan saya jugak berani nak luahkan perasaan saya dekat dia dalam apa gambaran sekali pun, sebab dia tak akan tahu, dan tak akan peduli, kalau dia tahu, saya kisah apa ini blog saya, ada apa hal untuk dia marah, luahan hati saya bukan berkudis pun dekat hati dia, dia ada dunia dia sendiri dan saya pulak dunia saya untuk tahu cara hidup dia, saya rasa nak sangat tahu dunia dia, saya jadi terlalu obses dengan dia, bahaya tak, tapi saya bukan orang gila yang suka memaksa perasaan orang, saya cuma terlalu gembira untuk menyukai dia, hahaha...

Melewatkan Solat dalam 27 Keadaan

DISUNATKAN UNTUK MELEWATKAN SOLAT dalam 27 keadaan :

1) apabila seorang budak yang belum baligh, mengetahui bahawa umur balighnya (15 tahun) akan sempurna dalam waktu solat fardhu
2) orang yang sangat mengantuk sedangkan waktu masih panjang
3) orang yang mengharapkan keuzurannya (meninggalkan solat jumaat) hilang sebelum solat jumaat selesai (maka sunat baginya untuk melewatkan solat zuhur yang w
ajib dilakukan sebagai ganti jumaat setelah solat jumaat yang dilakukan oleh orang ramai di masjid selesai)
4) orang yang meyakini adanya jemaah (maka sunat baginya untuk melewatkan solat fardhu hinggalah jemaah datang)
5) orang yang mempunyai hadas yang tidak putus-putus tetapi mengharapkan hadas itu berhenti
6) untuk keluar dari tempat-tempat yang dimakruhkan untuk solat
7) orang yang mempunyai tetamu untuk dijamu dan dilayani
8) orang yang tertentu ke atasnya untuk melakukan penyaksian (maka, disunatkan untuk melewatkan solat fardhu hinggalah penyaksiannya dilaksanakan)
9) ketika marah (hinggalah reda)
10) ketika menahan perasaan hinggalah tenang kembali
11) orang yang menemani pesakit yang berasa asing jika berpisah dengannya
12) orang yang bimbang keselamatan seorang maksum (iaitu nabi)
13) sibuk menyembelih binatang yang hampir mati
14) memberi makan haiwan yang hampir mati
15) membunuh ular (binatang yang membahayakan)
16) cuaca terlalu panas (solat zuhur sahaja dengan syarat2 tertentu)
17) untuk melontar jamrah diwaktu zuhur (maka sunat dilewatkan solat zuhur sebagaimana dilakukan oleh RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam)
18) untuk solat maghrib di Muzdalifah (ketika haji)
19) kerana menahan hadas (seperti kencing, kentut dan sebagainya)
20) mengidam makanan (yang telah tersedia)
21) menyakini akan menjumpai air di akhir waktu (dalam masalah tayammum)
22) meyakini adanya penghadang solat (sutrah)
23) meyakini dapat bangun berdiri untuk solat
24) menyelamatkan orang lemas dan seumpamanya
25) mempertahankan nyawa
26) mempertahankan harta
27) menguruskan jenazah

KTS (m/s189) dari Kitab Bughyatul Mustarsyidin karya Al-Habib Abdur Rahman Al-Masyhur

Thursday 29 November 2012

Hurt

Awak,
update la something supaya terubat luka dihati,saya tengah merindui awak,tapi soalan tersendu balas hampa bisu,saya rindu awak la,tolong lah saya,update something yang bole membuatkan saya tersenyum ceria,tak kesah la apa-apa aja tolong lah saya hapus kan rindu ini,saya tengah menahan sebuah kerinduan yang berpanjangan tapi saya tak mampu untuk ucapkan walau sepatah kata-kata yang mengambarkan kerinduan ini,saya tidak mempunyai azimat itu,saya tidak cukup kuat menongkah semua nya,saya merindui kekasih hati yang tidak pasti akan hati nya kepada say,berangan hanya mampu menutup segala-gala nya,agar hati ini tidak  terlalu terbuai walau hanya satu penipuan di hati,

Friday 16 November 2012

Ukuran Cinta Itu...


Pada suatu masa, tinggal sepasang suami isteri yang saling menyayangi.


Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Si isteri meminta kepada suaminya untuk tidak menghubunginya langsung selama sehari..



Si isteri berkata kepada suaminya, “Bila abang dapat melepasi syarat itu, saya akan mencintai abang selamanya”.

Si suami bersetuju. Seharian dia tidak berhubung mahupun berjumpa malah tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri mengidap kanser..

Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah.

Air matanya menitis melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis “Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya..”

Oleh itu pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita di atas....

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..

Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..

Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…

Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku Walau Kecil, 
Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….
biarpun sedikit namun tak pernah berhenti walaupun sedetik 






Saturday 10 November 2012

~ Kamu ~

Andai kamu berjumpa dengan saya seperti seorang wanita yang menenangkan hati, redup pada pandangan, sejuk hati bila mengenangkan, jauh setia merindu, dekat kasih berpadu,,,

Jangan jadikan saya kekasih kamu,,,

Kerana itu sia-sia,,,,

Jadikan diri saya ISTERI KAMU   :-)

Muzik Dari Jiwa

muzik dari jiwa
lagu dari hati
cerita sepurnama
canda dan menangis
belum ku selami
caturan terjadi
lelah dipukul badai
apa mungkin terlerai!!!

soalan tersendu
balas hampa bisu
TUHAN tunjuk sesuatu
apa dia yang satu itu...
tunjukkan aku..tunjukkan aku...

apa bisa kau cinta
aku seperti mana
aku mencinta kamu
atau kamu terlalu
indah buat diriku
aku pun tak menahu

aku pun tak menahu...
apa bisa kau cinta..
Tuhan tunjukkan aku...


Friday 9 November 2012

Hakikat

awak...

Jodoh itu rahsia ALLAH..
SEKUAT mana saya SETIA..
SEHEBAT mana saya MERANCANG...
SEJAUH mana saya MENUNGGU..
SEKERAS mana saya BERSABAR...
SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK ...
Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama...
Kita Tetap Tidak Akan Bersama...

Wednesday 7 November 2012

Wish

from now on , i will never fall in love with you as my friend wish , i will promise

Tuesday 6 November 2012

OBSES

salam,
hari ni nak cerita tentang obses , maksud obses ni besar, atau keterangannya kita terlalu meminati sesuatu hingga sanggup melakukan apa sahaja demi benda itu. bermaksud jugak seseorang itu menghambakan diri pada sesuatu perkara yang yang melibatkan hati, pemikiran, fizikal, masa dan kehendak.

obses ni semacam satu penyakit sebenarnya tak kira positif atau negatif.

termasuk jugak dalam skop mengagungkan iaitu kita mengagungkan sesuatu

kenapa saya cakap penyakit, kerana ia akan mendatangkan kesan buruk!!! kepada kita...

oke cerita pasal diri sendiri ,
saya ni rasa nya da terlalu obses kepada sesorang sampaikan satu tahap tuh saya rasa tersangat-sangat jeles hanya kepada kawan saya sendiri. saya tak tahu la kenapa saya bila mula sukakan sesorang saya rasa yang orang yang rapat dengan saya boleh menjadi musuh saya , tapi saya pendam dan menjadi dendam . oke ini merupakan satu parasit buat saya !!!
saya takot sebab ia melibatkan hati dan perasaan,,kadang-kadang saya sedih sebab saya tak ada kekuatan langsung untuk menegur orang yang saya suka tapi bila kawan saya tegur mula-mula saya rasa seronok tapi lepas tu saya rasa something ,saya tak tahu la, GIILLAAA!!! dan saya pernah menangis jugak sebab dia, dia tu sebenar nya tak tahu pun apa-apa tentang saya tapi saya ni seolah-olah nak dia sendiri yang faham perasaan saya, PENYAKITTTT LAAA!!! bukan saya seorang jer dalam dunia ni yer !!!
thats why la kawan saya sampai cakap "aq memang tak setuju pun sesiapa saja yang kat u ni rapat atau nak bercinta dengan dia" dan bila kawan saya cakap macam tuh memang sangat-sangat la terkesan dekat saya , saya ni siapa la dengan dia kan , rupa nya saya ni dah salah meletakkan cinta saya ,hahaha , saya baru jer nak rasa perasaan tu sebab tadi sebenar nya dia asyik pandang saya dan senyum , saya malu dengan dia , saya pun buat tak tahu la, buat pandangan fokus pada handphone, KONON!!!
tapi kenapa kawan saya cakap macam tu , saya tak pernah confes pun dengan dia ,dan saya tak pernah pun menyusah kan dia, dan lagi satu saya langsung tak pernah bercakap dengan dia , tak kan la sebab da tersebar saya suka dia sampai camtu sekali kawan saya nak cakap , jangan la cakap macam tu, saya cuma mintak nak suka dia dari jauh jer , saya memang tak kan bagi tahu apa-apa perasaan dekat dia , saya tahu dia tengah pening kepala pasal projek fyp tu,tapi saya janji saya tak kan ganggu dia langsung , macam tadi , dan macam hari-hari sebelum nya, saya tak da ganggu dia pun kan , saya cuma nak suka dia jer tak harap pun nak dia suka kat saya, saya sedar siapa diri saya ni , saya faham kawan saya tuh dah berkawan dengan dia dari sem 1 lagi jadi saya faham dan dia pun selalu jugak luahkan perasaan dekat kawan saya ni , saya terus terang saya tak pandai nak cakap berdepan dengan lelaki sampai macam tuh dan lagi satu dia merupakan orang yang saya suka , how come saya bole berdepan dengan dia!!! jangan la risau saya tak kan susah kan dia macam partner fyp dia tuh , saya janji , lagi pun ni sem last pun...saya tak akan berjumpa dengan dia lagi da ,huhu

OBSES...


Monday 5 November 2012

Partner

Terasa bahagia bila ada partner lelaki yang sangat-sangat baik,ni baru first time rasa nye ada partner laki yang tak langsung suruh saya buat kerja, bukan saya malas, memang saya nak membantu tapi bila dia cakap "no worries worries" saya terasa diri di beri perhatian,hehe, macam saya ni budak-budak pulak, tapi serius saya bukan seorang yang pemalas tapi saya tak diberi untuk membuat kerja itu, tak pasti mungkin tak percaya kat saya atau apa ajela, think positif okey,besok adalah present php saya,jadi nyer saya agak takot dan tetiba jadi tersangat lah mengada-ngada dengan partner saya,even dia seorang perempuan saya memang akan mengada-ngada ,hehehe , 

Moga dipermudah kan segala urusan , amin ,"HASBUNALLAH WANI'MAL WAKIL"

Sunday 4 November 2012

Tak Suka Marah atau Tak Pandai Marah

Assalamualaikum..
hari ni nak cerita tentang marah,saya ni tempat orang luahkan kemarahan ker,saya tau saya tak pandai marah orang, tapi jangan la ambil kesempatan itu tuk buatkan saya lemah,buat saya sesuka hati,tapi kan tipula kalau seseorang tu tak pandai marah kan, ada sebab saya tak mahu marah dekat orang,saya tak nak kehilangan mereka-mereka ini,saya sayang diorang, tapi secara kebetulan saya pandai marah family saya,saya bole marah diorang sebab diorang tak kan tinggalkan saya,diorang tak kan pergi mana-mana,sebab dalam rumah tu je la tempat diorang,kereta diorang tak pandai  bawak,motor bole la tapi diorang balik jugak,diorang nak tido,at the end kami tak terlalu bawak sangat,kami adalah keluarga,tak bole dipisah kan, tapi dengan kawan-kawan ni saya sangat berbeza,saya bukan hipokrit,saya sangat ikhlas dalam berkawan,saya kalau bole apa sahaja yang saya buat saya tak nak diorang marah saya,saya tak nak diorang berkecil hati dengan saya,tapi sebagai manusia,siapa yang tak pernah buat salah,salah orang lain saya maafkan,tapi keslahan saya rasa sangat besar bagi saya,saya tak suka orang masam muka dengan saya,saya ni dah banyak sangat berkawan,cakap jer la orang yang macam mana,saya pernah berkawan,dari hujung sabah sampai hujung kedah saya ada kawan,saya bukan nak banga,tapi susah nak berkawan ni,walau banyak mana kawan yang saya ada,orang nya tak sama,lain perangai,susah saya nak kawal,tapi saya sangat ikhlas dalam berkawan,cuma pedih bila hati kita ni orang tak nak jaga,saya tahu bukan saya seorang jer dalam dunia ni,tapi tolong la jaga perkataan,nak bergurau saya tak kisah tapi bila orang tengah marah mana nak ingat semua tu itu saya faham,ingat la saya ni kawan awak,bukan family awak,tak sama hati kita ni dengan family kita,diorang family kita ni dah tau macam mana diri kita yang sebenar, saya ni macam banyak kawan,tapi saya trauma bila berkwan, Alhamdulilah sekarang kawan saya sangat memahami, tapi biasala manusia ni kalau tak bergaduh tak ada kemesraan tu kan,akhir kalam terima kasih kerana sudi berkwan dengan saya.

Thursday 1 November 2012

Dalamnya Hatimu

Kerana Hati Bicara

Mengharungi samudera mahligai nan suci
Penuh elombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara

Kekadang tak perlu terucap kata-kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahagian hidupku
Kerana hati bicara

Kata menjelmakanmu kisahkan berjuta cerita
Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara


♥ ♥ ♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : " Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. 

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku b
erjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku berjanji untuk MENCINTAI Pencipta ku lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku yakin andai tiba saatnya nanti, aku akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku ♥ ♥ ♥

Saturday 20 October 2012

MATA SAYA SELALU CEMBURU DENGAN HATI SAYA

sem ni merupakan sem last untuk saya,saya rindu kan si dia,da la sem ni sem akhir,final year project pulak tuh,lepas tuh sem ni pulak kelas banyak yang tak sama,sedih sangat, kenapa macam ni,makin nak habis makin merindui dia,banyak koleksi gambar dari dia saya simpan, tapi perit la bila tengok gambar-gambar dia. Dia  tak kan pernah perasan tentang kewujudan saya, apa lagi perasaan saya, saya seorang yang sangat tak berani untuk meluahkan kata-kata,apalagi perasaan, sekadar hanya berani membuat penulisan, pena hanya boleh menari-nari sahaja, tapi saya bahagia bila dia dekat dimata saya, tapi hati saya rasa sakit,saya tak dapat nak meluahkan apa yang saya pandang, tapi dia sangat pandai ,tiap-tiap sem dapat dean,tapi mula-mula saya kenal dia saya ingat dia ni biasa-biasa je,rupa nya orang pandai, bila saya nampak dia pandai,saya tak tahu hati ni nak teruskan menyukai atau tidak,nanti mesti orang kata macam langit dengan bumi, rasa macam nak menjerit ,nak menangis , sebab tak mampu untuk memiliki hati dia,

 "sangat menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai diri ini , tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepada nya." 

quotation tu sebenar nya untuk siapa,lelaki ker perempuan. saya sebagai seorang perempuan, perlu ker untuk saya meluahkan,bukan lelaki ker yang patut mulakan dulu, sedih nya,kenapa macam ni,saya menyukai orang yang salah ker, sedih nya ,kenapa macam ni, selalu nya orang yang pandai ni tak nak dengan orang tak pandai,sebab dia pandai kan,kenapa dia harus memilih orang yang tak pandai ,dia ada pilihan, bagi saya, saya bukan seorang yang memilih, tapi bila hati dah terjatuh,bagaimana pula nak mengelak,dia tak hensem pun untuk saya pilih,dia ada gaya yang tersendiri yang buat saya bahagia bila memandang dia,tapi saya tak ada kekuatan untuk bercakap dengan dia ni, boleh dikatakan saya ni menunggu orang yang salah. walaupun macam tuh hati saya tetap nak kan dia. biarlah orang cakap buruk tentang dia,saya da terpaut, 

"cinta itu buta"


tak,cinta itu tidak buta,tapi pengguna nya la yang membutakan diri nya,adakah cinta saya buta..hurmm,,,




Monday 13 August 2012

Dia Terkadang Lupa Betapa Berharganya Dia

Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"

Wednesday 1 August 2012

saya suke awak tapi malu nak cakap

tajuk kat atas tuh,mesti ada someone yang nak kenakan saya ni,my family or my friend,ntah la,tapi best jugak kalau ada orang cakap macam tuh,macam da lama kenal jer dengan saya,da taw ker macam mana rupa saya sampai macam tu sekali nak cakap macam tuh kat saya,kesian!!sudah la tuh nak mngenakan kan orang,okey..titik!!

Tuesday 10 April 2012

Baru Kenal Cinta Diri Merasa Begitu Sempurna

assalamualaikum..
hari ni,terasa sangat sedih bila someone yang saya sangat admirer sejak dahulu,tapi dia memang tak kenal saya,nama dia ashraf azizi,sebenarnya saya pun tak kenal dia,tapi kata-kata dia hari ini membuatkan hati saya merasa sesuatu yang sangat pedih,adakah dia sudah menjumpai perempuan idaman hati,ratu hati ya tepat sekali sehingga ayat nya berbunyi begini "ya Allah, jika benar dia cintaku, pertemukan kami pada jalan yang engkau REDHAI. sahabat semua tolong aminkan doa ini untuk saya"..amin,ya allah permudahkan ashraf azizi ini melakar kehidupan yang meniti kebahagiaan ya allah,berikan ketabahan hatiku menemui kenyataan ini ya allah,orang yang soleh itu layak mendapat solehah,berikan nya solehah ya allah,buka lah mata ku,benarkan semua mimpi-mimpi ini,sebenarnya dp saya ialah someone ini semasa dia kecil,lama sudah  saya perhatikan jejaka ini namun Allah maha besar tidak mempertemukan saya dengan nya,saya tersentuh dengan nya apabila dia mula berchating dengan saya,kitorang bercerita tentang universiti,then what surprise dye da remove saya sebanyak lima kali then saya tak pernah berputus asa,saya still nak add dia,then saya akan berhenti apabila dia remove saya sekali lagi,saya tersentuh dengan ayat-ayat yang diucapkan hari ini,11 april 2011,haha,mesti korang ingat saya ni gila kan,saya tak tahu kenapa tapi hati saya ingin mendekati nya secara diam,tapi takdir itu lagi kuat,biarkan takdir itu membawa kita kepada diri kita yang sebenar nya,itulah saya.terima kasih kerana telah membiarkan rasa ini bersemi di hati walau hanya sekelip mata.

Saturday 31 March 2012

Assalamualaikum cinta,Waalikumsalam rindu

Jangan biarkan hadirmu sekejap mata,dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara,

Semakin hebat rindu ku,
Semakin deras degupku,
Semakin teguh cintaku,
Kepadamu........

Hembusan nafasku saluti,
Kata-kata penuh bermakna,
Semua rinduku tersusun dihati,
Menantikan masa..........

Tujuh petala...... Cinta,
Berbisiklah kedengaran,
Terhamparlah syahadah,
Titik-titik percintaan......

Kasih....... Dengarkanlah rindu kepadamu,
Cinta....Kepadamu hidup untukmu..........

Kasih.... Ku di cinta....
Hatiku bergema hiasi cahaya,
Bersemilah rasa............

kredit to heiqal..heee~
biarkan rasa itu bersemi dihati
walau kita tidak pernah saling mencintai
baru kenal cinta diri merasa begitu sempurna
Ya Allah jika ia bukan milikku,
redhakan lah aku untuk menerima ketetapan takdir Mu Ya Allah,
sedangkan melihat nya sudah membuatku rasa sakit,
Jangan la kira nya sakit itu lebih memudaratkanku Ya Allah..amin
 
 

Baru kenal cinta diri merasa begitu sempurna

Bila berdekatan terasa bahagia
Tika berjauhan rindu di dada
Sering menginginkan kehadirannya
Bersama di sisi sentiasa

Baru kenal cinta
diri merasa sempurna
yang pahit jadi manis
yang sakit jadi bertenaga

Bila berdekatan terasa bahagia
Tika berjauhan rindu di dada
Sering menginginkan kehadirannya
Bersama di sisi sentiasa

Baru kenal cinta
diri merasa begitu sempurna
yang pahit akn jadi manis
yang sakit terus bertenaga

Thursday 23 February 2012

cantik ke hodoh ke,yang penting saya sayang dia


Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?


Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.


Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.


“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.


Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.


Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.


Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.


Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.


Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”


“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.


Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.


Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.


Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”


Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.


Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).


Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.


Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.


Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.


Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.


Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.


“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.


“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”


Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.


Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.


Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?


Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.


Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…


Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)


Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…


Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.


“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.


“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”


Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.


PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.



**********



Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.


Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..


“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.


Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.


“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..


Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”


Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.


Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam...


Saturday 4 February 2012

Mata Itu

 luahan perasaan:
pertama kali la saya tengok muka awak dengan jarak yang sangat dekat,awak nak tau tak,awak ni comell,kawaiii!!!walaupun awak tengah bercakap dengan saya,tapi awak tau tak yang saya langsung tak dengar awak cakap apa,saya macam terkedu bila tengok muka awak dalam keadaan macam tuh,saya suka sangat awak,hahahaha,awak tau muka awak merah tau,bibir awak merah,menunjukkan awak langsung tak pernah merokok,saya tau tuh,dan pipi awak merah,macam ada blushing,awak pakai blusher ker hah,awak comel sangat time tuh,hahaha,saya terharu tau dapat tengok muka awak dalam jarak yang sangat dekat macam tuh,awak nak tau tak bila awak bercakap saya nak jer tengok mata awak,tapi saya malu,tapi peduli apa,saya tetap tengok mata awak,peduli la awak nak cakap apa kan,saya rasa ini satu peluang yang mana bila masa tu sahaja yang saya nak sangat tengok muka awak,tiba2 saya rasa macam ada keberanian nak tengok muka awak,awak tau tak,saya suka awak,balik jer hostel saya teruz menjerit,tapi kan nasib bek tak der orang,tapi saya tak tau la perasaan apa yang saya rasa bila benda ni jadi,saya tak dapat nak menjerit,macam nak pecah jantung saya awak tahu tak,benda yang saya alami ni mustahil akan awak rasa,sebab awak tak pernah ada perasaan terhadap saya kan,saya tau tuh,tapi apa boleh saya buat,saya tak mahu simpati awak,saya tak paksaan,tapi mahu perasaan semulajadi awak terhadap saya,sukar untuk menghadapi realiti,tapi memang ini la realiti yang saya perlu hadapi,awak hanya mengangap saya macam kawan biasa kan,lagi-lagi awak da ada partner fyp iaitu seorang perempuan yang saya sangat kenal,saya tak jeles,tapi mustahil awak tak kan pernah ada perasaan kepada dia kan,tapi saya tau awak profesional dalam hal macam ni,tapi awak sangat comnel tau,hehe,bila saya cakap awak comel,diorang asek jer nak muntah,biarlah,peduli apa,yang penting saya sayang awak,hahaha


Monday 23 January 2012

Memerlukan Ruang

assalamualaikum..
luahan hati ini ditujukan kepada keluarga saya,ayah,umi,mamat,ain angah dan along,kite mintak maaf sangat sebab balik awal sangat,satu kelemahan kite ialah kite sukar untuk membuka mulut kite walaupun kite tahu yang kite ni salah,angah kite tahu kite banyak menyakitkan hati awak walaupun awak buat baik dengan kite,kite ni tak tahu bersyukur ada angah yang baik macam awak,honestly kite sebenarnya sangat risau tentang projek kite,asgment kite walaupun asgment kite tuh sebenar nya sangat senang,kite kalau ader kerja-kerja macam ni kite sangat-sangat takut untuk menghadapi dan menyelesaikannya,kalau la diberi satu masalah kepada kite,kite lah orang yang paling pengecut,penakut,sebab nya kite blur,kite nih tak pandai pun kalo nak buat sesuatu kerja tuh sesorang,that way kite sangat-sangat memerlukan kawan,sangat menghargai seorang kwan itu,kite harap perangai kite nih dapat berubah cume masa yang menentukan,tak tahu pun seburuk mana perangai kite ini,sangat-sangat mengharapkan sokongan daripada korang,i'm trying,sebenar nya kite ni mengapa ya? sering sangat berubah laku tidak menentu,kadang ketawa penuh berlagu,dan tiba-tiba sahaja berarak mendung,bencana apa yang telah menimpa diri,ya Allah beri kekuatan kepada kami menghadapi semua yang terjadi..

Thursday 12 January 2012

more you want the truth,more hurt you gain





Undurkanlah dirimu wahai si pecinta! kerna dia tidak menginginkanmu..

Benarlah kata orang...
untuk melihat seseorang itu jujur di dalam percintaannya, memang sukar sekali..
Apatah lagi di zaman ini yang penuh dengan makar...
maka cinta yang lahir itu kebanyakannya hanyalah datang dari nafsu semata-mata... 
Kata-kata yang penuh hikmah...
"Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum"...

Indah sekali kata-kata ini, malangnya ia mudah untuk diungkapkan tetapi sukar untuk berhadapan...
Inilah realiti...
Sekiranya cinta anda itu lahir dari hati yang jujur dan ikhlas, sudah tentu hal ini tampak begitu mudah sekali....
Ketahuilah cinta yang jujur dan ikhlas itu tidak lahir melainkan dari hati yang jernih dengan iman...
Saban hari mengharapkan pengungakapan cinta dari seseorang yang kita cintai, tetapi...
sehingga kini ia masih mendiamkan diri...
hanya sabar menjadi pendinding kepada hati si pencinta.... 
Setiap hari kita bertanyakan khabarnya, bergurau dengannya, menyelesaikan masalahnya...tetapi...
si dia masih mendiamkan diri. Mungkin, si dia merasakan bahawa perkara itu bukanlah bukti bahawa si pencinta mencintainya...atau...
mungkin si pencinta itu hanya sekadar 'syok sendiri'...
hmmm, benar. Inilah yang sebenarnya. 
Mengapa tidak? Lihatlah bagaimana dia melayanimu...adakah dengan penuh keceriaan? atau...dia hanya terpaksa?...
Ya. Terpaksa melayanimu atas dasar 'menjaga hati'...atas dasar 'persahabatan'...
Wahai si pencinta, tidakkah kau melihat bagaimana dia berhadapan denganmu? 
Adakah diiringi dengan senyuman? 
Bagaimana pula ketika kau menghubunginya...
adakah dia menjawabnya dengan penuh kegembiraan dan sangat mengalu-alukan?...
mungkin, kau merasakan dia gembira melayanimu, tetapi...
ternyata dia hanya bosan mendengar suaramu...
tetapi, mengapa pula dia tidak menghentikan sahaja perbualan itu?...
'menjaga hati'mu wahai si pencinta...itu sahaja jawapannya...
Tidakkah kau perasan wahai si pencinta akan tanda-tanda si dia tidak menginginkanmu?...
TAHU! ya, sudah tentu kau tahu wahai si pencinta...tetapi mengapa kau masih mengharapkannya? 
kerana kau bukanlah seorang yang mudah mengalah...
bahkan kau masih mampu bersangka baik dengannya, sekalipun ianya jelas ingin menjauhimu, alangkah indahnya jika sikap si pencinta ini dimiliki semua orang...
Agama bukanlah sesuatu yang jauh dan janggal buat dirimu wahai si pencinta...
kau amat mencintainya. Tidak kira sesiapa sahaja, di mana sahaja...kau pasti tidak akan jemu dari mengatakan sesuatu tentang agamamu...
kau bangga dengannya...tetapi, kau sangkakan bahawa si dia yang kau cintai juga turut menyukai hal yang sama...kau sangkakan bahawa si dia yang kau cintai juga turut gemar mendengar pendapatmu tentang agamamu...ternyata itu semua hanya lebih menjauhkanmu dari si dia. 
Mengapa?. Adakah si dia itu tidak menyukai agama? 
Oh tidak!...ketahuilah bahawa si dia bukanlah tidak menyukai dari mendengar tentang agama ini...
tetapi, si dia tidak menyukai sekiranya yang mengatakannya datang dari mulutmu...
Ya!, wahai si pencinta, benar sekali...si dia tidak menyukainya. 
Kerana...si dia melihat diri kau adalah seseorang yang 'taksub'. 
Seseorang yang 'keras' di dalam peganganmu...sehinggalah dia meluahkan kepadamu, ketika itulah baru dirimu merasakan sesuatu yang...sedih...hampa. 
Adakah kau membalasnya? 
Tidak...tidak sama sekali, bahkan kau mampu mengawal perasaanmu dan dengan penuh merendah hatinya, kau menerima segala kritikannya...
oh, indahnya dirimu wahai si pencinta...
"Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum"...

Sampailah masanya wahai si pencinta...terimalah hakikat ini! 
terimalah penerimaan ini! 
Mungkin ianya pahit untukmu, tetapi demi dirimu yang mulia, telanlah ia sebagai ubat hatimu yang terluka...
kau mencintainya, tetapi si dia tidak mencintaimu...
mengapa kau marah? kau sangkakan benar dia mencintaimu?!...
Ya! Kerana di masa itu dia meluahkan padamu... 
Benarkah? Apa yang diluahkannya?....dia menerimu?...dia mencintaimu?...
dia ingin bersamamu?...
tidak!!.....
dia hanya meluahkan padamu bahawa cintanya milik orang lain. 
Menangislah wahai si pencinta, menangislah untuk kebahagian si dia....

kemudian, senyumlah wahai si pencinta untuk membantunya...
bantunya supaya si dia dapat bersatu dengan orang yang dicintainya...

janganlah kau tampakkan kesedihanmu kepada si dia...
janganlah dirimu membuatkan si dia bersedih hati...
sebaliknya teruslah tersenyum, teruslah mendoakannya dan pergilah kepada orang yang si dia cintai, supaya kau dapat memberitakan khabar gembira ini kepadanya, kerana dia tidak mengetahui bahawa orang yang kau cintai itu sebenarnya mencintainya...

bantulah...kerana itulah bukti cintamu yang ikhlas dan jujur....
Selepas mereka bersatu, apa lagi tugasmu wahai si pencinta?...

tiada lagi...

undurkanlah dirimu darinya..kerana...

telah datangnya keputusan Allah...