CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 29 November 2012

Hurt

Awak,
update la something supaya terubat luka dihati,saya tengah merindui awak,tapi soalan tersendu balas hampa bisu,saya rindu awak la,tolong lah saya,update something yang bole membuatkan saya tersenyum ceria,tak kesah la apa-apa aja tolong lah saya hapus kan rindu ini,saya tengah menahan sebuah kerinduan yang berpanjangan tapi saya tak mampu untuk ucapkan walau sepatah kata-kata yang mengambarkan kerinduan ini,saya tidak mempunyai azimat itu,saya tidak cukup kuat menongkah semua nya,saya merindui kekasih hati yang tidak pasti akan hati nya kepada say,berangan hanya mampu menutup segala-gala nya,agar hati ini tidak  terlalu terbuai walau hanya satu penipuan di hati,

Friday 16 November 2012

Ukuran Cinta Itu...


Pada suatu masa, tinggal sepasang suami isteri yang saling menyayangi.


Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Si isteri meminta kepada suaminya untuk tidak menghubunginya langsung selama sehari..



Si isteri berkata kepada suaminya, “Bila abang dapat melepasi syarat itu, saya akan mencintai abang selamanya”.

Si suami bersetuju. Seharian dia tidak berhubung mahupun berjumpa malah tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri mengidap kanser..

Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah.

Air matanya menitis melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis “Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya..”

Oleh itu pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita di atas....

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..

Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..

Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…

Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku Walau Kecil, 
Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….
biarpun sedikit namun tak pernah berhenti walaupun sedetik 






Saturday 10 November 2012

~ Kamu ~

Andai kamu berjumpa dengan saya seperti seorang wanita yang menenangkan hati, redup pada pandangan, sejuk hati bila mengenangkan, jauh setia merindu, dekat kasih berpadu,,,

Jangan jadikan saya kekasih kamu,,,

Kerana itu sia-sia,,,,

Jadikan diri saya ISTERI KAMU   :-)

Muzik Dari Jiwa

muzik dari jiwa
lagu dari hati
cerita sepurnama
canda dan menangis
belum ku selami
caturan terjadi
lelah dipukul badai
apa mungkin terlerai!!!

soalan tersendu
balas hampa bisu
TUHAN tunjuk sesuatu
apa dia yang satu itu...
tunjukkan aku..tunjukkan aku...

apa bisa kau cinta
aku seperti mana
aku mencinta kamu
atau kamu terlalu
indah buat diriku
aku pun tak menahu

aku pun tak menahu...
apa bisa kau cinta..
Tuhan tunjukkan aku...


Friday 9 November 2012

Hakikat

awak...

Jodoh itu rahsia ALLAH..
SEKUAT mana saya SETIA..
SEHEBAT mana saya MERANCANG...
SEJAUH mana saya MENUNGGU..
SEKERAS mana saya BERSABAR...
SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK ...
Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama...
Kita Tetap Tidak Akan Bersama...

Wednesday 7 November 2012

Wish

from now on , i will never fall in love with you as my friend wish , i will promise

Tuesday 6 November 2012

OBSES

salam,
hari ni nak cerita tentang obses , maksud obses ni besar, atau keterangannya kita terlalu meminati sesuatu hingga sanggup melakukan apa sahaja demi benda itu. bermaksud jugak seseorang itu menghambakan diri pada sesuatu perkara yang yang melibatkan hati, pemikiran, fizikal, masa dan kehendak.

obses ni semacam satu penyakit sebenarnya tak kira positif atau negatif.

termasuk jugak dalam skop mengagungkan iaitu kita mengagungkan sesuatu

kenapa saya cakap penyakit, kerana ia akan mendatangkan kesan buruk!!! kepada kita...

oke cerita pasal diri sendiri ,
saya ni rasa nya da terlalu obses kepada sesorang sampaikan satu tahap tuh saya rasa tersangat-sangat jeles hanya kepada kawan saya sendiri. saya tak tahu la kenapa saya bila mula sukakan sesorang saya rasa yang orang yang rapat dengan saya boleh menjadi musuh saya , tapi saya pendam dan menjadi dendam . oke ini merupakan satu parasit buat saya !!!
saya takot sebab ia melibatkan hati dan perasaan,,kadang-kadang saya sedih sebab saya tak ada kekuatan langsung untuk menegur orang yang saya suka tapi bila kawan saya tegur mula-mula saya rasa seronok tapi lepas tu saya rasa something ,saya tak tahu la, GIILLAAA!!! dan saya pernah menangis jugak sebab dia, dia tu sebenar nya tak tahu pun apa-apa tentang saya tapi saya ni seolah-olah nak dia sendiri yang faham perasaan saya, PENYAKITTTT LAAA!!! bukan saya seorang jer dalam dunia ni yer !!!
thats why la kawan saya sampai cakap "aq memang tak setuju pun sesiapa saja yang kat u ni rapat atau nak bercinta dengan dia" dan bila kawan saya cakap macam tuh memang sangat-sangat la terkesan dekat saya , saya ni siapa la dengan dia kan , rupa nya saya ni dah salah meletakkan cinta saya ,hahaha , saya baru jer nak rasa perasaan tu sebab tadi sebenar nya dia asyik pandang saya dan senyum , saya malu dengan dia , saya pun buat tak tahu la, buat pandangan fokus pada handphone, KONON!!!
tapi kenapa kawan saya cakap macam tu , saya tak pernah confes pun dengan dia ,dan saya tak pernah pun menyusah kan dia, dan lagi satu saya langsung tak pernah bercakap dengan dia , tak kan la sebab da tersebar saya suka dia sampai camtu sekali kawan saya nak cakap , jangan la cakap macam tu, saya cuma mintak nak suka dia dari jauh jer , saya memang tak kan bagi tahu apa-apa perasaan dekat dia , saya tahu dia tengah pening kepala pasal projek fyp tu,tapi saya janji saya tak kan ganggu dia langsung , macam tadi , dan macam hari-hari sebelum nya, saya tak da ganggu dia pun kan , saya cuma nak suka dia jer tak harap pun nak dia suka kat saya, saya sedar siapa diri saya ni , saya faham kawan saya tuh dah berkawan dengan dia dari sem 1 lagi jadi saya faham dan dia pun selalu jugak luahkan perasaan dekat kawan saya ni , saya terus terang saya tak pandai nak cakap berdepan dengan lelaki sampai macam tuh dan lagi satu dia merupakan orang yang saya suka , how come saya bole berdepan dengan dia!!! jangan la risau saya tak kan susah kan dia macam partner fyp dia tuh , saya janji , lagi pun ni sem last pun...saya tak akan berjumpa dengan dia lagi da ,huhu

OBSES...


Monday 5 November 2012

Partner

Terasa bahagia bila ada partner lelaki yang sangat-sangat baik,ni baru first time rasa nye ada partner laki yang tak langsung suruh saya buat kerja, bukan saya malas, memang saya nak membantu tapi bila dia cakap "no worries worries" saya terasa diri di beri perhatian,hehe, macam saya ni budak-budak pulak, tapi serius saya bukan seorang yang pemalas tapi saya tak diberi untuk membuat kerja itu, tak pasti mungkin tak percaya kat saya atau apa ajela, think positif okey,besok adalah present php saya,jadi nyer saya agak takot dan tetiba jadi tersangat lah mengada-ngada dengan partner saya,even dia seorang perempuan saya memang akan mengada-ngada ,hehehe , 

Moga dipermudah kan segala urusan , amin ,"HASBUNALLAH WANI'MAL WAKIL"

Sunday 4 November 2012

Tak Suka Marah atau Tak Pandai Marah

Assalamualaikum..
hari ni nak cerita tentang marah,saya ni tempat orang luahkan kemarahan ker,saya tau saya tak pandai marah orang, tapi jangan la ambil kesempatan itu tuk buatkan saya lemah,buat saya sesuka hati,tapi kan tipula kalau seseorang tu tak pandai marah kan, ada sebab saya tak mahu marah dekat orang,saya tak nak kehilangan mereka-mereka ini,saya sayang diorang, tapi secara kebetulan saya pandai marah family saya,saya bole marah diorang sebab diorang tak kan tinggalkan saya,diorang tak kan pergi mana-mana,sebab dalam rumah tu je la tempat diorang,kereta diorang tak pandai  bawak,motor bole la tapi diorang balik jugak,diorang nak tido,at the end kami tak terlalu bawak sangat,kami adalah keluarga,tak bole dipisah kan, tapi dengan kawan-kawan ni saya sangat berbeza,saya bukan hipokrit,saya sangat ikhlas dalam berkawan,saya kalau bole apa sahaja yang saya buat saya tak nak diorang marah saya,saya tak nak diorang berkecil hati dengan saya,tapi sebagai manusia,siapa yang tak pernah buat salah,salah orang lain saya maafkan,tapi keslahan saya rasa sangat besar bagi saya,saya tak suka orang masam muka dengan saya,saya ni dah banyak sangat berkawan,cakap jer la orang yang macam mana,saya pernah berkawan,dari hujung sabah sampai hujung kedah saya ada kawan,saya bukan nak banga,tapi susah nak berkawan ni,walau banyak mana kawan yang saya ada,orang nya tak sama,lain perangai,susah saya nak kawal,tapi saya sangat ikhlas dalam berkawan,cuma pedih bila hati kita ni orang tak nak jaga,saya tahu bukan saya seorang jer dalam dunia ni,tapi tolong la jaga perkataan,nak bergurau saya tak kisah tapi bila orang tengah marah mana nak ingat semua tu itu saya faham,ingat la saya ni kawan awak,bukan family awak,tak sama hati kita ni dengan family kita,diorang family kita ni dah tau macam mana diri kita yang sebenar, saya ni macam banyak kawan,tapi saya trauma bila berkwan, Alhamdulilah sekarang kawan saya sangat memahami, tapi biasala manusia ni kalau tak bergaduh tak ada kemesraan tu kan,akhir kalam terima kasih kerana sudi berkwan dengan saya.

Thursday 1 November 2012

Dalamnya Hatimu

Kerana Hati Bicara

Mengharungi samudera mahligai nan suci
Penuh elombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara

Kekadang tak perlu terucap kata-kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahagian hidupku
Kerana hati bicara

Kata menjelmakanmu kisahkan berjuta cerita
Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara


♥ ♥ ♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : " Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. 

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku b
erjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku berjanji untuk MENCINTAI Pencipta ku lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku yakin andai tiba saatnya nanti, aku akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku ♥ ♥ ♥