CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 24 May 2013

Peringatan untuk Hati

semua yang ada dalam hidup ialah kejutan...seperti kamu yang tiba-tiba ada..lalu tiba-tiba sahaja aku bahagia...

by Rahimi Radzi

Thursday 23 May 2013

Jangan Cabar Allah

Bila putus cinta, tak jadi kahwin, putus di tengah jalan..

Kita biasa dengar ungkapan ni.

"Dah takde jodoh..."

Tapi saya nampak ianya lebih dari itu. Ada banyak punca, antaranya:

Ianya adalah pengajaran dari Tuhan.

Orang bercinta atau orang yang tengah sayang menyayangi, timbul sampai ke satu tahap 


mereka rasa, atau salah seorang dari mereka rasa,

"Dialah segala-galanya bagi aku."


"Aku hanya sayang dia seorang."


"Cinta aku hanya untuk dia."

"Rinduku milik dia."


"Ah, hanya dia."


"Hatiku milikmu."


"Dialah satu, tiada dua."


"Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku."


"Kalau aku ada kambing seekor, aku hanya akan berikan padamu."


dan bermacam lagilah.

Bila sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya telah buat kesilapan yang 


besar iaitu MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH PATUT DILEBIHKAN.

Dgn kata lain, melebihkan cinta seseorang melebihi cinta kepada Tuhan.

Pada Tuhan tak pernah² diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu dahsyat. Tapi, pada 


manusia yang tak beri manfaat apa-apa, dia beri segalanya. Beri hatinya.

Lalu, Allah STOPKAN perhubungan tu. Maka terputuslah di tengah jalan.

Tak kiralah putus sebab apa pun. Sebab orang ketiga, sebab salah faham, sebab gaduh, 


sebab mak bapak tak berkenan, sebab keluarga, sebab harta, sebab sikap, sebab tak 

sefahaman, sebab nafsu tak dapat kontrol, sebab cempedak jadi nangka, sebab berebut

 murtabak dan macam2 sebab lagi. Itu cumalah asbab.

Sedang yang mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu smooth atau celaru, 


semua di tangan Allah.

After hubungan tak kesampaian, sekarang siapa yang kau tuju?

Allah juga jadi tempat yang dituju.


Allah juga jadi tempat mengadu.


Lalu terpacullah dari bibir,


Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu,

"Cukuplah Allah bagiku."

Selama ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia.


Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-Nya,

"Kun Fa Yakun."

Putuslah.


Berakhirlah.

"Kembali sujud pada-KU!"

Sekarang setelah dah tiada jodoh,

Siapa yang kau lebih perlukan?

Barulah tersedar,

"Aku perlukan Allah.

Aku sayang Allah."

Akhir kata, jangan cabar Allah.

Dengan atau tanpa sengaja.

Nukilan: Muhammad Rusydi

Di Atas Satu Cinta

aku menyayangi perasaan yang ada ini sungguh aku tak mahu lepaskan rasa untuk Mr.kura-kura sehinggalah mungkin sampai waktu dan ketika nya aku akan cuba perlahan-lahan lepaskan perasaan bahagia tapi perit ini  dan sangat indah juga bila muncul nya.

Wednesday 22 May 2013

Hati Ini

i miss you...
but im trying not to
mencintainya perlu bersiap untuk kecewa
menyakitkan memang
saat kita mencuba tersenyum hanya untuk menahan butiran air mata yang terjatuh
dan kerana Allah, bersabarlah
laksana zulaikha sabar menanti yusof nya

A Love To Kill

Dont leave me
Dont run away
I beg you
Dont leave me

Friday 17 May 2013

Dalam Hati Mu Apa???

Ramai yg dalam hatinya ada taman
tp berapa ramai yg dlm hatinya ada IMAN??

bila kamu terlibat dengan perkara HARAM ,,
 suka kepada yang haram ,, 
tidur makan dan bernafas kepada perkara yang haram .. 
maka yang HALAL akan MENJADI JIJIK bagimu ..

Thursday 16 May 2013

Di hatiku Kau Di Situ

selamat hari lahir buat Mr.kura-kura saya yang ke-21 bertarikh 16 may 1992...hihi,da tua da pun awak tak payah berlagak muda lagi yer, dah tua tak payah berlagak hensem(hensemdimatakusahajapeace) hehe..semoga dilindung allah selalu mendoakan awak hidup dalam keceriaan dan bahagia di samping keluarga hendak nya dan saya insyaallah...hehehe...semoga segala perancangan yang telah awak buat diberkati Allah dan tercapai dengan hendak-Nya..

Tuesday 14 May 2013

Hargai Lah

Bismillahhirrahmannirrahim...

semalam arwah meninggal anak atuk saya. Penghuni syurga macam arwah sungguh siapa tak duga tak perasan langsung akan kehadiran dia. sangat membenci orang seperti dia tak siapa duga hidup dia macam tu tapi dia telan jua keadaan dia sebegitu, arwah tak boleh bercakap kami tak tahu langsung sejak kecil saya selalu bermain dengan dia sekarang umur pun sudah 26 tahun kematian disebab kan suasana persekitaran yang uzur dan tidak langsung siapa pun peduli sebenar nya orang-orang seperti arwah tidak mempunyai anti-bodi yang kuat, tidak siapa sudi langsung berkawan dengan nya orang takot berkwan dengan nya lalu Allah datang kan haiwan untuk berkawan dengan nya apatah lagi monyet yang datang tak tahu dari mana semuanya Allah datang kan untuk dia bergembira, dia punya perasaan tapi tak siapa tahu, malaikat lindungi nya bila dipukul langsung tidak berdarah...sayu hati bila kenang balik begitu ya penghuni syurga..diceritakan oleh ayah sedara bahawa jenazah nya langsung tidak berat seperti beratnya dia dulu di dunia...subhanallah..muka nya cantik seperti langsung tidak ada penyakit tersebut..sebelum dia meninggal kita tak tahu pun dia sebenarnya sakit bercakap pun tidak bole bagaimana hanya mampu memandang atok seperti ingin bercakap "terima kasih,sebab sudah menjaga saya selama ini,saya nak pergi dah" sayu atuk bercakap, masa kami datang ke rumah itu dia peluk kami kuat-kuat, dia masih ingat kami lagi walaupun dah sepuluh tahun tak berjumpa,teman sepermainan, kami dulu sangat jahat pada dia, arwah orangnya seperti nya memang tidak hidup lama kerana penyakit nya sendiri anti-body yang sangat lemah sepatut nya kami jaga mereka tapi macam tidak ada siapa pun yang perasan akan hidup dia, simpati sangat-sangat..

teringat lagu ni sedih sangat tak menghargai orang-orang seperti mereka ini

Senyumku tak seghairah
Gerak gayaku tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namunku punya hati
Juga kayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin tuhan

Tidak ku pinta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku pinta kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Ku menumpang disudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua 

Alfatihah buat adinda Yati @ Tuminah, 26 thn ... semoga rohnya dicucuri rahmat .. 'pergi mu sesuci waktu lahirmu'

Thursday 9 May 2013

harapan makin kabur


kau renunglah wajahku
di manakah hilang nya
raut seperti dulu
bila dicemar air mata
ku tak mahu berpisah
kerana hati masih
sayang pada dirimu
tapi harapan makn kabur
manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
sepi walaupun bila bersama
dekat pun tetapi berjauh hati
manakah kita bila sering bertentangan sahaja
walaupun bibir cuba menafi
hakikat percaya tanya dengan jujur manakah kita
di jiwaku sengsara menanggung derita
kerana cinta berubah tapi tak mahu kehilanganmu