CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 28 November 2011

Ignore Or Hide It

 sesi luahan perasaan:
macam mana nak cakap nih,saya nih dah betul-betul rindu sangat dengan heiqal ni,saya tak tahu nak luah kat siapa,nak luah kat orang,orang akan rasa sangat menyampah,tapi bila korang baca pun korang akan menyampah kan kan..tapi saya tak ada kekuatan nak luah kan perasaan saya ni,saya takot,saya malu,nanti kalau saya luah kan apa yang akan dia buat,dia tuh budak pandai,kalau dia tulis kat fb dia,semua nyer bi,saya ni tak faham sangat bi,saya malu dengan dia,nanti kalau dia nak bercakap pun bi jugak ker,saya takot dengan dia,dia sangat serius,tapi dia seorang yang sangat cool,saya suka sangat kat dia,tak tahu dah nak cakap macam mana,orang kata ikhtiar dan usaha,saya tak melebih pun saya just tengok-tengok dia,mungkin dia perasan,tapi saya tak tahu,saya nak dia tahu saya suka dia,tapi saya rasa macam tak mampu menyukai dia,banyak sangat kekurangan kat saya ni,dia ni seorang dena list,dah dua sem berturut-turut dah,sekarang kitorang sem 3,kalau dia den list lagi memang saya rasa saya perlu buang la perasaan saya ni,saya suka sangat lirik cinta zulaikha mawi nyanyi,nama saya pun zulaikha jugak,hee~

Pejam mata bayangkan cinta
Satu cahaya terindah
Dari jiwa
Terang Jiwa
Kekasihku kau ku puja

Menjelma di langit musim berduka lara
Terpinggir sepi hampir putus asa
Melayar hari kelam yang tak bermaya
Dan makna

Hendakku luahkan
Takut makan diri
Hendak kusimpan
Meracuni hati

Hendak ku jeritkan
Takut malu sendiri
Hendak ku diamkan
Kau takkan mengerti

Biar susah bagai cinta zulaikha
Cinta dalam mimpi jadilah nyata
Biar pahit manis juga terasa
Hari ini hampa esok gembira

kalau  tengok lirik ni sangat menakott kan kan kan..orang kata cinta nabi yusof dan zulaikha sangat perit,saya takot nak menghadapi cinta ini Ya Allah,serius cakap heiqal nih langsung tak hensem,tapi dia ader satu aura,karisma yang saya tak tahu dari mana indah nya saya pandang muhd heiqal bin muhd nasir ini,huhu,saya selalu cakap kat kawan-kawan saya yang heiqal nih tak hensem,muka macam perogol bersiri,botak,tak payah lah nak cari siapa heiqal ni,saya jeolous,saya tak suka,pastu kalau ada orang buruk-buruk kan dia nih saya nafi-senafi nafi nyer,tak kisah lah kan,nak buat macam mana nih,Ya Allah,sampaikan bicara hati ku ini kepada muhd heiqal muhd nasir ini,saya merindui nya,senyuman nya,lirik mata nya,semua nya,berdosakan,saya tahu,tapi saya tak pernah pun menyatakan hasrat saya,saya tak bercople pun,tapi saya hanya merindui nya,salah ker,harap nyer luahan perasaan ini tak mengangu gugat korang yer.huhu~

Tuesday 15 November 2011

Macam Manis Jer

sesi meluahkan perasaan:
susah nyer kalau nak berkawan dengan lelaki ni,saya pulak ni memang jenis yang melayan,tapi serius saya hanya anggap mereka ini sebagai kawan sahaja,tak bermakna saya bergurau mesra,bergelak tawa dengan mereka ini kerana saya mula menyukai mereka,orang akan terperanjat dengan saya apabila saya bercakap dengan seseorang yang baru sebentar sahaja berkenalan seolah-olah saya sudah lama berkenalan,saya bersyukur bila mereka berkawan dengan saya mereka rasa senang berkawan dengan saya,itu yang saya memang suka kerana sememang nya saya ni seorang yang pendiam,tak mudah mesra dengan orang,saya tak ader topik nak bercakap dengan mereka ini,Ya Allah,kawan ada batas,bila berkawan di facebook,saya hanya berchat sahaja dengan mereka,tapi tidak perlu la sampai ke meminta no handphone saya,saya tak suka macam tuh,saya duduk di kuala lumpur ni sememmang nya untuk merubah sikap saya,saya cuba merubah sosial saya,tapi saya hanya berkawan di facebook,tak payah la nak face to face,saya ni masih menjaga tatabicara saya,saya mendidik diri saya apabila berkawan dengan seseorang,tapi kenapa macam ni,seboleh-boleh nya saya tak nak berhubungan melebihi batas pergaulan,ada orang kata biasa jer la orang lelaki mintak nombor telefon,lagi pun dia cuma kawan sahaja...NO....that is not my principe..tolong la faham,saya ni lain dari perempuan yang awak kenal,bila saya cakap...TIDAK..i mean it...bila jadi macam tuh mula la kan cakap saya ni tak open minded,..HELLO..saya tak memerlukan no awak dan tak ader sebab untuk saya bermesej dengan awak.no reason la..BUANG KREDIT,setakat nak ucap hai,wat per,sombong la,please la,..TOLONG LA FAHAM..saya ni hipokrit jer bila chat dengan kamu-kamu di dalam facebook,..BAJET HOT..oke memang tu saya,bukan saya nak cakp saya ni lawa..tak lawa pown..tapi kerana saya ada penghalang dengan awak..saya memegang batasan2 hubungan lelaki dan perempuan,peduli la awak nak block ataw unfriend dengan saya ker,eyh tak mati dowh..saya ada Allah,yang selalu saya ingat dan kerana ingatan itu saya dapat meletak..BONGKAH BATU..depan awak..awak siapa??kawan..boleh tinggal saya bila masa jer..lain la kalau awak ni suami saya..kalau awak suami saya..saya akan pegang awak..tak lepas seminit pun dari menghadap handphone saya tuh..TOLONG LA FAHAM..saya ni pun bukan nya baik sangat pun..jangan salah kan saya bila saya dah mula ignore awak daripada aksi2 awak yang terlampau batas..so lebey baik jangan terlebih..
puas hati tak finaz dalam luahan perasaan ni??boleh la..nanti kalau ader lagi akan bersambung..hehe

Sunday 13 November 2011

Mengapa Di Nafikan Rahsia Itu

 
 Seperti yang kita tahu syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu'.

Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu' yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu' yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu'. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli saraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu' yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu'. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu' terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu'. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem saraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari'atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu'(rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu'!!Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari...Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan...apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. 

Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu' kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLbvpw7_Nloh-vlYQ7HFOIfjZkuNe0oilVRSTTV80MRUvQTJKBMwk5CAeGYMiivr6j3Z8orln7DBx8JYa6ZBZaht_i_Fi9MFTNSAREb6HQZlzCoy3RUhqGobkFF4M389tBgKvT_9ZI1wMm/s1600/wudhu.jpg

Saturday 12 November 2011

Selamat Hari Lahir ke-19

doa yang hamba terima dari mohd rahimi radzi melalui personal mesage..

Ya allah, disempema hari lahir saudara seislamku ini, aku menadah tangan kepada MU,ampunkanlah dosa-dosanya,sesungguhnya dia tidak mampu menghadapi api neraka MU sekiranya Engkau menetapkan umurnya panjang..berkatilah usianya agar dia sentiasa berada dalam rahmat MU, sekiranya rezeki yang diberikan kepadanya melebihi keperluannya..Engkau campakkanlah rasa kesyukuran dihatinya, agar dia tidak lupa kepada makhluk MU yang lain, ya allah, saudaraku ini amat lemah dalam menempuh mehnah duniawi, lapangkanlah dadanya dan bantulah dia dalam mentaati MU,.janganlah Engkau biarkan dia walaupun sekadar sekelip mata atau kurang daripada itu..ya allah, tetapkanlah hatinya pada agamamu dan sentiasa mentaati perintahmu.. didiklah hatinya dengan al-quran dan sunnah rasul MU..ya allah, jadikanlah dia dikalangan tentera-tentera MU, yang sentiasa berjuang menjulang agama MU..agar dia berada dikalangan mereka yang sedikit..ya allah..terimalah doaku.
Amin... ya Rabbal 'Alamin...

terima kasih ku ucapkan,semoga Allah membalas nyer,tak terkata diri hamba untuk membalas nyer.

Friday 11 November 2011

Hargai lah Sebuah Kasih Sayang Itu Kerana Allah

 Kisah Cinta Sang Suami


Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak …….di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ………
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : “Pak kami ingin sekali merawat ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ………

“Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini …..
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini… kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.

“Anak-anakku. …. jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu…. mungkin bapak akan berkahwin lagi…. tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku… . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…”
Sejenak kerongkongannya tersekat…”Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia …. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain …….bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno…Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno…

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis….tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…

Disitulah Pak Suyatno bercerita…Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya …….Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik…

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit … Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar… .

Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?

Thursday 10 November 2011

Mengertilah Wahai Hati

Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.


Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN.. .
Cinta bknnya mencari seseorang yg “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…
Jgn katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.


Kepada yg PATAH HATI…
Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA…
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.


Kepada yg ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.


Kepada yg takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.


Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI…
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.
Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye…. .

Monday 7 November 2011

masih ku di sini

pada-Mu saja
aku mengadu
resah gelora
yang menghempas kalbu
terasa berat
namun apa daya ku luah kan
walau sarat
terasa malu pada-Mu
akulah insan
berjuta dosa
tiada mengenang
erti kesalahan
berkali-kali
teruz masih terulang
segala kesilapan
meski ku tahu pedih nya
masih ku disini
terantai nubari
detik nadi
bagaikan terhenti
andai aku disisi rahmat-Mu
berhakkah ku ulang masa lalu