CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 15 December 2012

Ayat Cinta Itu

Apabila kamu teringatkan seseorang...
Perbanyakan lah...ISTIGHFAR

Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari...
Perbanyakan lah....SELAWAT

Apabila kamu ingin wajah berseri dan sejuk mata memandang....
Perbanyakan lah...SOLAT DHUHA

Apabila kamu inginkan perlindungan dan kekuatan hati....
Perbanyakan lah...TAHAJUD

Apabila kamu ingin malaikat mendampingimu dan mengelak dari nafsumu...
Perbanyakkan lah...WUDUK

Jika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...

Jika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...

Jika bahu ini tidak kuat memikul amanah, maka bersujudlah...

Ikhlas kan semuanya...dekatilah ALLAH

agar tunduk di saat yang lain angkuh...

agar teguh di saat yang lain runtuh...

agar tegar di saat yang lain terlempar...


Kalau Dia Tahu

kawan saya ada tanya saya tentang blog ini, macam mana kalau secara tak sengaja H..... tu tahu tentang blog ini, hahaha ,saya gelak jer apa yang kawan saya cakap, saya pun tak tahu lah, dia tu peduli ker kalau ada orang suka dia, dia nak ambil tahu ker, hehe, itu sebab saya berani buat blog ni, dan saya jugak berani nak luahkan perasaan saya dekat dia dalam apa gambaran sekali pun, sebab dia tak akan tahu, dan tak akan peduli, kalau dia tahu, saya kisah apa ini blog saya, ada apa hal untuk dia marah, luahan hati saya bukan berkudis pun dekat hati dia, dia ada dunia dia sendiri dan saya pulak dunia saya untuk tahu cara hidup dia, saya rasa nak sangat tahu dunia dia, saya jadi terlalu obses dengan dia, bahaya tak, tapi saya bukan orang gila yang suka memaksa perasaan orang, saya cuma terlalu gembira untuk menyukai dia, hahaha...

Melewatkan Solat dalam 27 Keadaan

DISUNATKAN UNTUK MELEWATKAN SOLAT dalam 27 keadaan :

1) apabila seorang budak yang belum baligh, mengetahui bahawa umur balighnya (15 tahun) akan sempurna dalam waktu solat fardhu
2) orang yang sangat mengantuk sedangkan waktu masih panjang
3) orang yang mengharapkan keuzurannya (meninggalkan solat jumaat) hilang sebelum solat jumaat selesai (maka sunat baginya untuk melewatkan solat zuhur yang w
ajib dilakukan sebagai ganti jumaat setelah solat jumaat yang dilakukan oleh orang ramai di masjid selesai)
4) orang yang meyakini adanya jemaah (maka sunat baginya untuk melewatkan solat fardhu hinggalah jemaah datang)
5) orang yang mempunyai hadas yang tidak putus-putus tetapi mengharapkan hadas itu berhenti
6) untuk keluar dari tempat-tempat yang dimakruhkan untuk solat
7) orang yang mempunyai tetamu untuk dijamu dan dilayani
8) orang yang tertentu ke atasnya untuk melakukan penyaksian (maka, disunatkan untuk melewatkan solat fardhu hinggalah penyaksiannya dilaksanakan)
9) ketika marah (hinggalah reda)
10) ketika menahan perasaan hinggalah tenang kembali
11) orang yang menemani pesakit yang berasa asing jika berpisah dengannya
12) orang yang bimbang keselamatan seorang maksum (iaitu nabi)
13) sibuk menyembelih binatang yang hampir mati
14) memberi makan haiwan yang hampir mati
15) membunuh ular (binatang yang membahayakan)
16) cuaca terlalu panas (solat zuhur sahaja dengan syarat2 tertentu)
17) untuk melontar jamrah diwaktu zuhur (maka sunat dilewatkan solat zuhur sebagaimana dilakukan oleh RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam)
18) untuk solat maghrib di Muzdalifah (ketika haji)
19) kerana menahan hadas (seperti kencing, kentut dan sebagainya)
20) mengidam makanan (yang telah tersedia)
21) menyakini akan menjumpai air di akhir waktu (dalam masalah tayammum)
22) meyakini adanya penghadang solat (sutrah)
23) meyakini dapat bangun berdiri untuk solat
24) menyelamatkan orang lemas dan seumpamanya
25) mempertahankan nyawa
26) mempertahankan harta
27) menguruskan jenazah

KTS (m/s189) dari Kitab Bughyatul Mustarsyidin karya Al-Habib Abdur Rahman Al-Masyhur