semalam ader orang nama dia yagami iorie..dye nak couple dengan saya..saya agak memang lah main-main kan..ye la..saper x BERDEBAR JANTUNG bile dengar perkataan tuh..macam serius..tapi itulah kan..laki ni suke main-main..aper orang kata 'SPORTING'..oke la..saya pun anggap la 'IT'S JUST A JOKE'..haha..saya ni kalau boleh tak nak dengar perkataan COUPLE tuh..BERDEBAR..yes..berdebar jugak ye la siapa yang tak suke kalo orang minat kita secara diam-diam lepas tuh hensem pulak tuh..agak tak sangka..KOLOT..haha..saya mengaku saya ni kolot,tak mengikut peredaran zaman,orang kampung dan yang sewaktu dengan nyer..
dengarkan lah dari nukilan Ibn Abdullah aka ATA..
COUPLE HALAL ATAU HARAM..soal hukum ber"couple" samada dalam islam dibenarkan atau tidak....terus terang saya katakan ,saya bukanlah orang yang pandai dalam memberi hujah dan hukum namun sekadar pendapat peribadi yang masih lagi berlandaskan nas aL-Quran,saya merasakan itu sahaja kemampuan saya...
untuk menyampaikan apa yang benar dan bukannya dengan tulisan ini saya berniat untuk menghukum sesiapa....cukuplah akal kita menjadi penilainya berdasarkan hidayah yang ditunjuki ALLAH kepada kita...
perkara pertama yang perlu kita fahami ialah,CINTA itu fitrah...mana mungkin seseorang itu mampu hidup di dun ia ini tanpa cinta...kerana kita telah diciptakan ALLAH dengan berpasang-pasangan lelaki dan wanita tidak lain tidak bukan ialah kerana CINTA....manusia itu hidupnya tidak pernah lengkap tidak kira dia itu lelaki atau perempuan....maka,ALLAH menjadikan untuk Hawa untuk Adam sebagai pelengkap kepada kekurangan yang ada pada dirinya....
maka perlu kita fahami ialah CINTA itu tidak SALAH dan ianya fitrah sebagai manusia....
namun,INGAT!!!
CINTA itu ada salurannya yang telah ditetapkan oleh Pencipta kita....menggunakan saluran yang salah,maka salah lah cinta kita itu....jika betul jalan nya,maka suburlah CINTA itu dengan RAHMAT dan REDHA dari Pemberi Rasa Cinta dalam hati kita...
biarkanlah CINTA itu mengembara dengan jalan yang betul,maka kita akan lebih dicintai oleh Pencipta kita....
habis,tidak salahkah CINTA sebelum nikah??
bagaimana mahu menjadikan CINTA sebelum nikah itu HALAL dan dipandang SUCI??
Islam itu cukup lengkap dengan panduan bagaimana mahu mendapatkan taraf HALAL pada cinta kita sebelum nikah....cukup mudah Islam itu namun kita bukan disuruh untuk mempermudahkannya....
bagaimanakah caranya??
Islam telah menetapkan beberapa batasan dan etika dalam pergaulan antara kaum Adam dan kaum Hawa....maka,cuma tunggu kita sahaja untuk belajar dan memahaminya....
1-tundukkanlah pandanganmu wahai sahabatku
peringatan KHAS dari Maha Pencipta kepada kaum Adam dalam surah aN-Nuur,
"katakanlah kepada lelaki yang beriman,hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluannya (kehormatan) mereka...maka yang demikian itu lebih suci bagi mereka...."
(Surah aN-Nuur:30)
dan dalam peringatan seterusnya,KHAS buat kaum Hawa,Dia turut berpesan kepada kita,
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka..."
(Surah aN-Nuur:31)
maka,untuk menjadikan CINTA itu halal,jagalah pandanganmu wahai sahabatku....
2-tutuplah auratmu wahai sahabatku
ALLAH berfirman dalam ayat yang sama di atas,
"....dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan...."
(Surah aN-Nuur:31)
hal ini bukan tertakluk pada kaum Hawa sahaja,namun kaum Adam tidak terlepas daripada perintah ini...ingatlah,auratmu itu adalah harta yang tidak ternilai di sisi ALLAH....jika tidak,mana mungkin ALLAH akan menurunkan sebuah surah KHUSUS untuk menceritakan hal berkaitan aurat dalam aL-Quran....
3-adanya pembatas antara Adam dan Hawa wahai sahabatku
kita saling memerlukan,dan kita mesti sedar yang kita tidak boleh hidup berkeseorangan.... ALLAH
menetapkan dalam aL-Quran,
"....dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir...."
(Surah aL-Ahzaab:53)
namun,perlu ingat perbatasan ini bukanlah alasan yang mengHARAMkan si Adam bertemu dengan Hawa tanpa syarat....kerana Islam itu cukup mudah buat pengikutnya,ada keringanan yang telah dinyatakan oleh beberapa orang ulama dalam hal-hal tertentu seperti belajar,beurus niaga dan sebagainya.....
bercinta sebelum nikah boleh,tetapi jagalah PERBATASAN nya.....
4-Adam dan Hawa itu tidaklah duduk berdua-duaan wahai sahabatku
dalam sebuah hadith tercatat akan hal ini,
"dari Ibnu Abbas RA berkata:saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:janganlah seorang lelaki itu berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali dengan mahramnya"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
dan lagi,
"dari Jabir bin Samurah berkata:Rasulullah SAW bersabda:janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita kerana syaitan akan menjadi ketiganya"
(Riwayat Ahmad dan Tarmidzi)
beratkah??
cuma sekadar bertanya,adakah dengan ber"dating" itu baru dinamakan CINTA??
jika tidak ber"dating",maka tak dinamakan CINTA kah??
kerana konsep CINTA mesti DATING,maka kita akan merasa berat bila mendengar ucapan Rasulullah SAW ini.....
5-untuk kaum Hawa,janganlah kalian melunakkan suara kalian tika berbicara dengan kami
bukan apa,kerana suara mu itu umpama panah berbisa buat kaum Adam....gunakanlah ia untuk mereka yang halal bagi kalian....kerana itu ALLAH berfirman lagi,
"....janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."
(Surah aL-Ahzaab:32)
untuk apa merengek dan bermanja dengan mereka yang tidak sah buat kalian??
untuk tujuan apa dan jika tidak merengekdan bermanja,tidak berCINTAkah namanya??
etikanya,berkata Imam Ibnu Kathsir dalam Tafsir Ibnu Kathsir,
"ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada isteri-isteri Rasulullah dan wanita-wanita mukminah sekalian,iaitu hendaklah kalau dia hendak berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu,dengan pengertiannya janganlah seseorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya"
(Tafisr Ibnu Kathsir:3/350)
6-usah menyentuh si dia wahai sahabatku
jika kalian betul sayang kepadanya,usahlah heret si dia ke neraka sekali dengan kalian.....jika kalian sanggup mengatakan akan ku renangi lautan api sekalipun,buktikan dengan tidak membiarkan si dia turut berenang dalam lautan api neraka bersama-sama dengan kalian jika benar kalaian menyayanginya dan mencintainya....kasihan pada si dia yang lemah dan suci itu....
bayangkan situasi ini,
"dari Maqil bin Yasar RA beliau berkata seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi maka itu lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya"
(Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
berfikirlah wahai sabahatku,jika kalian sayangkan si dia....
itulah,petua mujarab untuk menjadikan CINTA sebelum NIKAH kita itu HALAL dan SUCI....
habis,apakah hukum berCOUPLE??
tidak saya nafikan banyak orang menyatakan itu HARAM....kerana syarat di atas semuanya memberi batasan kepada mereka yang berCOUPLE....kita sering menganggap bila berCOUPLE mesti begini..
ya,kita merasakan bila berCOUPLE mesti buat begini...
* orang berCOUPLE mana mungkin akan menundukkan pandangannya kepada kekasihnya
* orang berCOUPLE tidak akan dapat menjaga batasan mereka
* orang berCOUPLE biasanya akan berdua-duaan dengan kekasih mereka
* mereka yang berCOUPLE suka bermanja-manja dan merengek-rengek sesama mereka
* orang berCOUPLE mesti suka saling bersentuhan,romantik katakan
* biasa orang berCOUPLE,pasti akan terbayang wajah si dia bila tidak bersama dengan dia
maka,jika kita berCOUPLE seperti di atas,salah lah jalan perCINTAan itu wahai sahabatku....
kerana jalan itu mendekatkan diri kita dengan ZINA...masih ingatkah ayat ini??
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
(Surah aL-Israa':32)
kerana kebiasaannya,bila berCOUPLE tanpa ada syarat maka senanglah untuk membina jalan ke arah zina....haramnya bila dikatakan berCOUPLE itu adalah jalan menghampiri ZINA....yaa,betul...saya tak nafikan....
namun,saya cuba memperluaskan skop berCINTA itu....skop berCOUPLE kepada sahabat-sahabat....
kerana bagi saya, kita cuma melihat COUPLE itu dengan satu perspektif sahaja....seperti pertanyaaan saya diatas,
* tidak berCINTAkah kita kalau kita menundukkan pandangan kita daripada perkara yang haram atau menundukkan pandangan daripada si dia??
* tidak dinamakan CINTA kah jika kalian menutup aurat kalian dengan sempurna??
* tidak dinamakan COUPLE kah jika tidak bertemu dan berbual??
* tidak berCINTAkah kita jika kita tidak berDATING??
* tidak rasa CINTA kah jika kita tidak merengek dan bermanja??
* tidak berCINTAkah jika kita tidak bersentuhan??
* apakah CINTA itu mesti dizahirkan seperti alasan di atas baru dinamakan COUPLE
so,jika kita berCINTA dengan menjaga batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh Maha pencipta kita,masih salahkah CINTA itu??
saya rasa,itulah COUPLE TERCINTA di abad ini kerana tidak ramai mereka yang sanggup berCINTA seperti itu....
kalian mahu berCINTA??
carilah CINTA...kerana itu fitrah....namun,perlu diingat CINTA itu mesti kerana ALLAH....bukan kerana nafsu dan keinginan....kalian sayang kepadanya kerana ALLAH sebagai jalan untuk kalian mengikat si dia sehingga ke gerbang perkahwinan....
jika kalian sanggup bercinta dengan syarat di atas,maka kejarlah CINTA...carilah CINTA....nikmatilah CINTA kalian.....biarkanlah CINTA itu mengembara dengan penuh keREDHAan-Nya....aku cukup yakin,kalian pasti akan menemui cahaya kebahagiaan di penghujungnya nanti.....
tahu tak kenapa ALLAH menetapkan syarat untuk berCINTA sebegitu rupa??
tidak lain kerana ALLAH amat menyayangi kita...Dia tidak mahu kita tersesat arah dalam nikmat bercinta....Dia tidak mahu kita terjerumus dalam perangkap syaitan laknatullah....Dia tidak mahu kita lupa kepada-Nya jika kita asyik dengan CINTA kita itu....Dia tidak mahu kita mengotori nilai CINTA itu dengan nafsu dan keinginan kita....Dia mahu kita menemui redha-Nya dan rahmat-Nya dalam perCINTAan kita....
ingatlah,tanpa "semua skeptik" itu CINTA kita tetap menjadi CINTA....kita tetap menjadi COUPLE....malah ianya pasti akan menjadi CINTA yang SUCI abadinya....
jadikan ini sebagai perbandingan...bukan hukum yang tetap....saya cuma memberi pandangan berdasarkan ilmu saya yang begitu limited....dan penilaian sahabat-sahabat itu lagi penting dan hebat....
silalah beri tunjuk ajar kepada saya....
kerna saya seorang sahabatmu,maka saya tuliskan ini....meski diri ini tidak pernah berCINTA atau diCINTAi,saya gagal memberi "feeling" orang berCINTA dalam penulisan ini....
hambahina
saya bukan Dr.Cinta...
Thursday, 23 June 2011
Monday, 6 June 2011
Kefakiran Di Dalam Kekufuran
kenapa macam ni..sedih nye..kenapa air mata asyik nak mengalir..kenapa aku ni..umi kecewa..tak nak langsung bercakap dengan aku pun..aku tak tahu nak kata apa..nak buat apa-apa pun aku tak tahu..Ya Allah..ini kah balasan Mu Ya Allah..ayah..tadi ayah lagi sedih..kecewa..malu..aku dah jatuh kan air muka umi..ayah..anak apa aku ni..sir..sampai hati sir buat saya macam ni..air mata berhenti lah mengalir..kenapa pelajaran aku macam ni..aku pemalas..aku tak tahu apa-apa langsung tentang subjek tuh..aku tak faham..aku sendiri yang cari masalah..tengok lah..umi dengan ayah yang dapat malu..tak sangka dapat anak yang macam ni..Ya Allah..beri aku kekuatan..aku tak sanggup dah hadapi kegagalan..tapi bukankah semua ini ujian..betul ke ujian..aku sendiri yang bodoh..tak pandai nak faham..cetek pemikiran..Ya Allah..hilangkan lah kekecewaan umi dan ayah ku..aku tak sanggup melihat muka mereka yang jelas kecewa dengan aku Ya Allah..sugguh Ya Allah..aku tak pernah tuang kelas..aku tak pernah ponteng kelas..adakah aku tersalah buat..kenapa saat aku sedih..ada sahaja bahagia yg meyelinap..aku tahu Ya Allah..pasti engkau telah mencelaku kerana perbuatan ku..Ya Allah..aku tak nampak dosa aku tapi aku percaya pasti semua ni terjadi kerana aku sudah lalai..sudah hilang tanpa menjejakkan kaki..maka Kau hantarkan ini sebagai isyarat yang sangat perit untuk aku terima Ya Allah..benarlah..semua nya pada akhir zaman ini..dosa yang dilakukan di bayar dengan cash..aku tahu pasti selama ini apa yang aku impikan tercapai dengan mudah..ada dua sebab Allah mengabulkan permintaan hamba nya..pertama dengan mengabulkan permintaan adalah untuk mencela perbuatan yang dilakukan oleh seseorang hamba nya..kedua adalah kerana usaha nya sendiri untuk mendapatkan sesuatu..dari sini telah jelas dengan segala perbuatan yang aku lakukan..Kau telah mencela aku..Ya Allah..tidak engkau berikan ujian itu jika hamba mu ini mampu menangani ujian tersebut sesuai dengan kemampuan nya..segala sesuatu itu pasti ada hikmah nya..wallahualam..
Sunday, 5 June 2011
•❤•.Ku Tunggu Pinanganmu Dengan Al-Qur'an.•❤•
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
Akhna..
♥♥Jangan engkau puja puji kami bila pujianmu hanyalah janji-janji yang tak menentu. Hanya membuatku terlena dan terbuai hingga kami lupa bahwa kita sedang bermaksiat. Kau puji diriku,tapi kau hanya ingin membuatku tersenyum dan makin terbuai rayuanmu. Tidak.. tidak akhi,kami ingin kau puji setelah kau halal bagiku. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu dengan Al-Qur'an..
Akhina..
♥♥Tak akan kami langgar iffah ku dengan ajakan khalwat dari mu.
Engkaupun sebenarnya tau,hal itu hanya akan menimbulkan badai kelabu yang membuat kita tak berdaya karna pihak ketiga yang tak lain syetan yang ada di dekat kita. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu dengan Al-Qur'an..
Akhina
♥♥Jagalah sikapmu pada kami,maka akankami jaga sikapku padamu,kami lemah akan sanjunganmu. Kecintaan ini ingin kami persembahkan kelak untuk suami,cinta nan kasih ini yang akan kami tuai untuk mencari ke ridhoan suami kelak. Jadi bagaimana mungkin kami mencinta pada hal yang tidak halal bagi kami, tentu Allah tak akan pernah ridho pada kami. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu dengan Al-Qur'an..
Akhina..
♥♥Jilbabku untuk melindungi kehormatan kami,santun kami untuk menjaga iffah . Jangan kau lenakan kami agar kami lepas kehormatan di hadapanmu sebelum engkau halal bagi kami. kami ingin engkau ikut menjaga kehormatan kami dengan menjaga kami,bukan malah membawa pada kenistaan. Agar kau mampu menjaga kami secara utuh,Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu dengan Al-Qur'an..
Akhina..
♥♥kami memang tak sesempurna Aisyah dalam kecerdasan nya ataupun Fatimah dengan kelembutannya. Tapi kamiakan berusaha cerdas layaknya Aisyah dalam naunganmu dan kami akan berusaha selembut Fatimah dalam menenangkanmu.Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu dengan Al-Qur'an..
Akhina..
♥♥Kau memang tak sehebat Ali ataupun sekuat Umar,tapi kau akan menjadi hebat layaknya Ali ketika kau menjaga kami dalam kelemahan kami dan kau akan sekuat Umar agar kami tidak selalu menjadi tulang yang bengkok. Kami butuh imam yang bisa menjaga ke imanan,bukan yang mebawa kami pada jurang maksiat. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu dengan Al-Qur'an..
♥♥Sungguh,kami memang tidak mampu menahan kala kami jatuh hati,tapi kami tak akan mengobral pesona kami hanya karna cinta yang menuntut nafsu pada keramahan syetan pada kami. Bukanlah jatuh cinta bila kau ajak kami pada kemaksiatan. Bila kau memang jatuh cinta pada kami,jangan kau bebankan deritamu pada hati yang akan memuntutmu untuk berbuat nista. Ijinkan kami menjaga hatimu,agar kita bisa menjelang bersama Jannah Nya.Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu dengan Al-Qur'an..
♥♥“Wahai jika engkau memiliki cinta
Dan telah terdorong dengan kerinduan
Maka anggaplah jarak perjalanan itu dekat
Karna kecintaan dan kerelaanmu pada penyeru
Ketika mereka menyeru..!!
Maka katakanlah,kami penuhi panggilanmu.
Seribu kali dengan sempurna
Janganlah kau berpaling
Hanya karna melihat gerimis
Jika engkau melihatnya “( Fii Zilalil Mahabbah )”
*♥*•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•. ♥♥~*♥**♥*~♥♥ .•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•*♥*
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´
Semoga bermanfaat...
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫
Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir
قبل أن تكتب لي الحلال
(Sebelum Engkau Halal BagiKu)
i mean it!!
Saturday, 4 June 2011
MUSIM CINTA SUDAH BERLALU. ( by Ustaz Pahrol)
Seorang isteri mengeluh mengapa suaminya sudah semakin jarang mengirim pesanan ringkas berisikan kata-kata cinta, sayang, rindu seperti mula-mula kahwin dahulu. Kalau adapun tidak sehangat dan sekerap dulu. Mungkin hanya sepatah OK, “ya” atau “tidak” sahaja yang tertera di layar telefon bimbit. Apakah dia sudah jemu? Atau cintanya sudah berkurang? Begitulah detik hati si isteri. Kadang-kadang suami sudah semakin mahal dengan senyuman. Kata-katanya boleh dikira. Sudah banyak diam. Pujuk rayu? Ah, jauh sekali.
Memang begitulah resmi lelaki, semakin banyak bebanan semakin sedikit luahan perkataan. Kesukaran kekadang menimbulkan kebisuan. Itu petanda ketenangan semakin dihakis. Dihakis oleh cabaran kehidupan. Menjadi seorang suami bererti mengucapkan selamat tinggal kepada alam bujang yang penuh kebebasan dan serba boleh. Jika tidak pandai mengawal hati, mengurus emosi… semakin bertambah usia perkahwinan, hidup akan menjadi semakin sunyi.
Namun, saya sedar apa yang saya tulis ini kemungkinan akan dicebikkan oleh pasangan yang sedang hangat bercinta. Mana mungkin pasangan yang begitu setia berSMS (kekadang sampai mencecah 100 kali sehari!) atau “bergayut” berjam-jam lamanya di gagang telefon boleh menjadi beku dan kaku seperti itu. Tidak mungkin “kami” ataupun aku jadi begitu. Mungkin itulah yang berbunga di hati kini. Tetapi nanti dulu, pesan saya cinta itu pasti diuji.
Seorang sahabat saya secara bergurau menjelaskan betapa mulut seorang wanita semakin becok apabila berumah tangga, sebaliknya mulut seorang lelaki menjadi semakin terkunci bila bergelar suami. Mengapa? Menurutnya lagi, isteri yang mula diasak oleh kesibukan tugas sebagai suri rumah (lebih-lebih lagi apabila menjadi seorang ibu), akan banyak bercakap, mengarah, menegur itu dan ini. Jika tidak dikawal, seorang isteri boleh bertukar daripada seorang wanita penyengap menjadi peleter yang tidak pernah rehat.
Manakala suami yang dahulunya begitu besar ketawa dan lebar senyumnya, perlahan-lahan menjadi seorang pemenung dan pendiam. Kesukaran tugas dan beban tanggung-jawab menyebabkan seorang lelaki banyak berfikir dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Ya, potensi lelaki menjadi “ahli falsafah” semakin menyerlah apabila menjadi seorang suami apatah lagi menjadi seorang ayah!
Rupa-rupanya ketawa yang lebar dahulu bukan kerana benar-benar gembira tetapi kerana belum mengenal erti kesusahan. Begitu juga yang senyap dahulu bukan kerana benar-benar pemalu tetapi kerana belum dicabar kesibukan dan cabaran tugasan. Hakikatnya, lelaki dan wanita sama-sama teruji di dalam sebuah gelanggang mujahadah yang dinamakan sebuah rumah tangga.
Musim cinta sudah berlaku. Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa perlahan-lahan bertukar menjadi taufan. Jika tidak bijak dan sabar mengawal kemudi hati, pasti tersungkur peribadi dan runtuhlah pertautan dua hati. Benarlah kata hukama, perkahwinan boleh dimulakan oleh sebuah cinta, tetapi hanya disempurnakan oleh satu tanggung jawab.
Apa maksud tanggung jawab? Ia adalah satu beban, tugasan atau amanah yang mesti kita “tanggung” di dunia, “disoal” di akhirat dan mesti kita jawab di hadapan Allah SWT kelak. Sekalipun badai ujian rumah tangga ada kala begitu dahsyat, tetapi kita akan teruskan juga demi satu tanggung-jawab. Kita sedar bahawa menjadi seorang suami mahupun seorang isteri bukan hanya untuk menikmati keseronokan dan kemanisan yang diingini oleh fitrah setiap manusia tetapi yang lebih penting berkahwin itu adalah perintah dan amanah daripada Allah.
Telah sering kita diingatkan, bahawa untuk mengukuhkan hubungan antara makhluk (dalam konteks ini antara suami dengan isteri), Khalik (Allah) wajib menjadi matlamatnya. Begitu juga dengan perkahwinan, matlamatnya ialah mencari keredaan Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah satu gelanggang ibadah untuk meraih pahala dan keredaan-Nya. Bukan cinta isteri atau cinta suami yang menjadi matlamatnya, tetapi itu hanya alat. Alat yang digunakan untuk mencapai matlamat. Ertinya, cintakan suami dan isteri mesti berdasarkan rasa cinta kepada Allah. Bila ini menjadi asas dan terasnya, maka itulah yang dikatakan bercinta dengan rasa tanggung jawab.
Cinta tidak boleh terpisah daripada tanggung jawab. Gabungan keduanya yang melahirkan rumah tangga yang bahagia. Jika ada cinta tetapi tidak ada rasa tanggung jawab, lambat laun cinta akan meluntur dan rumah tangga akan terkubur. Sebaliknya, jika ada tanggung jawab tetapi tidak ada rasa cinta, maka hilanglah seri dan kemanisan sebuah rumah tangga… umpama hidup segan, mati tak mahu.
Ketika kemanisan bertukar pahit, ketika keseronokan beralih kepada kesukaran, maka tinggallah rasa tanggung jawab untuk menyempurnakan sebuah perkahwinan. Ketika itu rasa cinta mungkin sedikit terumbang-ambing atau seakan-akan mula meminggir, tetapi rasa tanggung jawablah yang akan mengikatnya kembali dengan setia dan sabar. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Begitulah kekuatan satu tanggung jawab, yang mampu bertahan ketika cuaca rumah tangga tenang ataupun bergelombang.
Salah satu ujian terbesar dalam rumah tangga ialah terserlahnya warna sebenar pasangan kita. Saat itu akan tiba. Dan jangan terkejut jika kita dapati dia seolah-olah insan lain yang belum pernah kita kenali. Hairan melihat perubahannya? Jangan, kerana dia pun hairan juga melihat perubahan kita. Hakikatnya, kita dan dia sama-sama berubah. Warna sebenar (true colours) yang menurut pakar-pakar psikologi hanya akan muncul apabila mencecah lima tahun usia perkahwinan.
Justeru, jangan sekali-kali kita merasakan sudah kenal dengan pasangan kita walaupun telah lama hidup bersama sebagai suami isteri. Proses perkenalan antara sesama pasangan mestilah diusahakan dan diteruskan secara konsisten. Ini adalah satu langkah ke arah pengukuhan cinta dalam rumah tangga. Bukankah tak kenal maka tak cinta? Jadi, apabila cinta tergugat, itu adalah petanda yang menunjukkan proses pengenalan juga telah terencat.
Oleh itu, tunggu apa lagi? Teruskanlah berkenalan dengan pasangan anda dengan cara bertanya, berkongsi, meluahkan dan meminta pandangan. Jangan sekali-kali menggunakan “fail lama” untuk mencipta keserasian baru. Terimalah hakikat bahawa kesukaan, minat, hobi dan kecenderungan pasangan kita berubah. Warna yang terang kesukaannya dahulu mungkin bertukar menjadi warna redup seiring pertambahan usianya kini. Mungkin corak seleranya juga turut berubah bersama penyakit fizikalnya yang mula singgah. Begitu jugalah dengan apa yang gemar ditonton, didengar, dilihat dan dirasainya. Mungkin jauh berbeza daripada saat mula-mula kahwin dahulu.
Membina cinta ketika tarikan fizikal dan keinginan seksual sudah menurun memerlukan keikhlasan. Di mana lagi sumber keikhlasan jika tidak kembali kepada iman? Ertinya, kembali kepada Allah. Percayalah keadaan yang serba-serbi tak kena, hilang tumpuan, kurang selera makan, tidak ada “mood” untuk bercerita dan berbicara adalah bukti terhakisnya ketenangan dalam hati. Dan itu semua adalah berpunca darinya lalai dan alpanya hati daripada zikirullah (mengingati Allah). Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” Ar Ra’d: 28
Iman dalam hati akan menyebabkan suami dan isteri saling bertanggung-jawab. Walaupun berat terasanya mulut untuk berbual dengan isteri akibat beban masalah menyara rumah tangga, namun digagahi jua oleh kesedaran kata-kata yang baik itu adalah satu sedekah. Walaupun terasa sukarnya mengukir senyuman di hadapan suami bahana kerenah anak-anak, tetapi isteri yang beriman terus bermujahadah… dan terus tersenyum di hadapan suaminya justeru menyedari senyuman itu adalah satu sunah. Sedekah dan sunah yang dilakukan oleh suami dan isteri inilah yang menurunkan sakinah dan mawaddah dalam sebuah rumah tangga.
Ya, bila musim cinta sudah berlalu, semailah “pohon” tanggung jawab. Insya-Allah, musim cinta akan kembali dan ketenangan dan kebahagiaan akan kembali harum dan mewangi!
Tip untuk bertanggung jawab:
Kenangkan selalu bahawa isteri atau suami kita adalah milik Allah bukan milik kita.
Dalam apa jua perselisihan, carilah di mana kedudukan syariat dalam hal itu.
Sentiasa bermuzakarah dalam membuat keputusan.
Sering melakukan solat istikharah dan hajat dalam menghadapi sesuatu ujian.
Bayangkan pertemuan yang indah dengan semua anggota keluarga di syurga nanti apabila masing-masing bertanggung jawab dengan perintah Allah.
Takutkan neraka dan bimbangkanlah seksanya jika mengabaikan tanggung jawab.
Bila suasana terlalu sukar, bisikan di hati… itu semua sementara, pertolongan Allah sudah dekat.

JANGAN TIDUR LAMBAT....kenapa x boley???
Petikan dari laman Islami
Semoga Bermanfaat untuk kita semua.....=)
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul
dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
-Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
-Tidak buang air kecil di pagi hari.
-Terlalu banyak makan.
-Tidak mengambil sarapan.
-Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
-Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
-Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
-Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ....
rawatlah hatimu sebelum ianya makin parah...
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.
Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.
Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.
Selamat beramal!
Friday, 3 June 2011
Hitam
kenapa hitam sangat hari ni?? sebab hari ni result saya sudah keluar..kenapa macam ni!! kenapa dengan saya ini..langsung tak membanggakan umi dengan ayah..umi senyap jer bila dah tahu keputusan saya..siapa yang tak kecewa..umi..anak umi ni macam tak berguna lansung..kenapa dengan anak umi ini!! umi..kite dah cube sehabis baik..tapi kenapa sir ridzuan buat saya macam ni..kenapa!!kenapa saya yang kena..saya selalu datang kelas sir..saya selalu buat lab test bersama-sama group saya..kenapa sir fail kan saya..sir tahu tak sir dah buat saya sakit..kecewa..kalau boleh saya tak nak mendengar lagi perkatan tu..saya tahu saya dah menjatuhkan air muka umi dan ayah..macam mana nak berhadapan dengan umii..ayah..sedih kecewa..kenapa anak-anak diorang buat diorang macam ni..kenapa sir buat saya macam ni..at least bagi lah saya C ke atau D..ni tak..sir tahu tak sir dah menjunamkan pointer saya terooozzzz ke tanah..saya tak ade tempat nak berpaut sir..sir tahu tak umi dan ayah mengharapkan saya agar mengekalkan pointer saya..seolah-olah saya tak pernah datang langsung kelas sir..sir tahu tak!!saya akan jumpa sir hari isnin nanti INSYAALLAH..saya tak tahu macam mana nak berdepan dengan umi ngan ayah..umi dengan ayah saya tak pernah langsung mendapat keputusan yang macam saya dapat..saya tengok dengan mata kepala saya sendiri keputusan dan result diorang..ayah ngan umi nak bagi semangat dekat kitorang belajar rajin-rajin..susah hidup nanti kalau tak pandai..kalau tak ada pelajaran...fikiran singkat...hidup sengkek..NAK KER!!!!tak nak....
umi..ayah..
kite mintak maaf sangat sebab tak mampu nak buat umi,ayah gembira ngan result kite
kite tahu kite ini tak membanggakan langsung..rupa tak ader..akal tak panjang..
pemalas..kesian umi ayah dapat anak macam kite..kite betul-betul mintak maaf..
pinaz ni memang tak pernah nak membanggakan umi ngan ayah!!
Subscribe to:
Posts (Atom)