CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 30 June 2011

cikgu,anak & makbapak

by uglyduck

Cerita yang nie tak tahu best ke tak. Aku terdetik nak memberi pendapat sikitlah pasal isu2 ibu bapa saman cikgu. Walaupun cerita nie dah bersepah & masyarakat pun kira macam dah lali dengan isu2 nie. Tapi bagi aku…ok jujur, bukan bagi aku, tapi bagi mata aku yang meluat tengok2 benda sebegini rupa. Jadi oleh kerana tak tahan menanggung sakit mata tak tentu hala, aku pun melempiaskanlah perasaan aku kat sini. Apa? Ikut suka hati…

Kalau zaman dulu, mak bapak hantar anak2 ke sekolah siap pesan dengan cikgu lagi, “cikgu nie anak saya, nanti ajarlah dia jadi orang berguna owkeh! Tak kisah nak sepak terajang kalau dia tak dengar kata.” Tiba2 mak budak tersebut menambah, “Tapi jangan sampai masuk spital yer, kami nie orang susah takde duit nak bayar yuran spital.” Akhirnya cikgu tersebut tersenyum dapat lampu hijau, budak tadi pun pura2 cool padahal dah cuak.

Tue pasallah ramai orang2 yang dulu berjaya. Diorang hormat cikgu2 nie macam mak bapak sendiri. Kita datang nak belajar, nak ilmu, tapi sibuk maki cikgu macam2 macam mana nak berkat? Ok jujur, aku tak pernah maki2 cikgu & kurang ajar semua. Tapi kadang2 kutuk sikit2 bersama teman2 yang sekepala je. Standardlah manusia, raya nanti datang rumah cikgu minta maaflah.

Cerita saman menyaman nie dah bosan dah, sikit2 nak saman. Takde kerja lain agaknya, daripada saman2 tue baik selesaikan secara berhemah, bersemuka, bawak pegi kedai kopi ke, then tanyalah apesal muka anak korang ada kesan macam lepas rekrut askar? Cikgu pun senang2 juga nak ceritakan hal sebenar. Nie tak, anak balik rumah mengadu kena pukul sikit, “jom kita pegi balai buat report!”.. Hekk ko, nak percaya sangat2 ke dengan anak tue? Sayang anak yek2 sangat. Jangan esok2 kita yang kena pijak. Weh, semua yang terjadi mesti ada sebab, so jangan nak kecoh sangat2 bertindak macam lembu kepanasan.

Apalah, ada cara mudah nak selesai pun nak ke court. Mak bapak banyak sangat tgk drama kat tb kot, sikit2 je “jumpa di mahkamah''. Ok fine, mungkin cikgu tue melampau, mungkin juga anak tue kurang ajar, mungkin juga mak bapak bertindak melulu. Jadi nak kena buat macam mana? Dah ko yang anta anak pegi belajar kat situ. Terimalah seadanya. Kata nak anak jadi insan berjaya. Konon.


p/s Jangan ingat cikgu pukul kita semua tue kira keganasan. Nak belajar memang perlukan ketegasan. Nak manja2? Ko dari kerabat diraja mana? Kalau dah masuk air banyak sangat memang kena ajar sikit. Pukul sebab nak mendidik owkeh!
.
.
.
.
.
*mak bapak boleh bukak sekolah sendiri, sekolah pondok pun boleh kalau tak cukup bajet. Bolehlah ajar anak2 nie dengan cara yang digemari.
.
.
.

*cikgu2 pun jangan nak naik darah sangat, kesabaran memang penting dalam mengajar si bodoh. Ok what, yang datang belajar tue pandai2 ker? Kalau dah pandai buat apa datang sekolah.



No comments:

Post a Comment