CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 16 November 2012

Ukuran Cinta Itu...


Pada suatu masa, tinggal sepasang suami isteri yang saling menyayangi.


Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Si isteri meminta kepada suaminya untuk tidak menghubunginya langsung selama sehari..



Si isteri berkata kepada suaminya, “Bila abang dapat melepasi syarat itu, saya akan mencintai abang selamanya”.

Si suami bersetuju. Seharian dia tidak berhubung mahupun berjumpa malah tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri mengidap kanser..

Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah.

Air matanya menitis melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis “Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya..”

Oleh itu pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita di atas....

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..

Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..

Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…

Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku Walau Kecil, 
Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….
biarpun sedikit namun tak pernah berhenti walaupun sedetik 






No comments:

Post a Comment